-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 11 September 2013

GEMPAK!! KETAHUI TEKNIK AKAUN FACEBOOK BERTUKAR LUCAH

PEMBACA



Kecoh bila akaun Facebook Adun Paroi diceroboh dan diletakkan gambar dan video lucah seperti dibawah. 

Macam biasalah...bila jadi kecoh...maka banyaklah pendapat dan pandangan dikeluarkan melalui komen untuk mengulas isu ini. Ada yang mendakwa ianya satu bentuk sabotag untuk memalukan YB Mohd Ghazali Wahid....ada yang mendakwa YB ni dah kantoi macam gambar diatas.

Tak apalah...kita ambil iktibar saja dalam kes seperti YB Paroi ini...cuma  penulis nak kongsikan sesuatu yang mungkin ianya amat berguna pada pemilik ID @Facebook TENTANG ISU CEROBOH ATAU HACK ini. 

Sebenarnya dari masa ke semasa, tahap security pemilik Facebook dipertingkatkan untuk menyukarkan ianya diceroboh. Salah satu cara untuk selamat ialah aktifkan ALERT dari no HP...rasanya ramai yang tidak mengetahui ataupun mengetahui tapi tidak mahu menggunakannya.

Alert hp ini berfungsi untuk Facebook mengenali pemilik sebenar akaun Facebook anda...katakan FB anda diceroboh dan hendak ditukar password @ kata laluannya, nombor telefon anda akan segera dihubungi untuk pengesahannya.


Kelebihan lain, sekiranya berjaya juga diceroboh, anda boleh dapatkan kembali akaun Facebook anda ini juga melalui no telefon yang telah anda aktifkan untuk Facebook.

UNTUK AKTIFKAN FUNGSI INI...ANDA KLIK PADA Account Setting ----> Mobile dan pilih Add mobile .......mudah kan!


AKAN TETAPI......DALAM APA JUA TAHAP KESELAMATAN YANG ADA DAN DISEDIAKAN ...kunci sebenar terletak ditangan anda selaku pemilik. Andalah yang boleh menyebabkan akaun Facebook anda diceroboh. 

Tahukah anda yang hampir 100% akaun facebook diceroboh adalah disebabkan kesalahan pemilik asal itu sendiri dan SANGAT TIDAK MUNGKIN AKAUN FACEBOOK ITU DAPAT DICEROBOH TANPA BANTUAN PEMILIK ASAL...kalau tidak dah lama ID Perdana Menteri kena ceroboh kalau ianya mudah untuk dilaksanakan.

Anda boleh rujuk artikel kami ini.....Klik sini

                         Artikel lain                          Klik sini

Nah! Sekarang anda sudah tahu macam mana teknik akaun Facebook anda boleh bertukar lucah...kerana BAHAN LUCAH atau yang berbau lucah saja yang selalu digunakan untuk menjatuhkan MARUAH SESEORANG.......

Oklah......berbalik pada kisah YB Paroi ini...yang perlu disoal siasat ialah ADMIN yang diamanahkan untuk menjaga ID beliau ini...



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.