-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 1 Ogos 2013

HADIAH DARI BANDUAN BUAT ROSMAH DIHARI RAYA

PEMBACA

PENJARA KAJANG dipagi raya........

"Selamat hari raya bang...ampun kan dosa Ros bang..". Rosmah menangis sambil memohon maaf pada Anwar ...Anwar hanya mampu mengusap kepala isteri kesayangannya itu sambil menahan sebak.


Sebak kerana Rosmah SETIA padanya, setia kerana setiap kali menjelang raya pertama Rosmah akan sampai...walaupun Rosmah berpeluang melawatnya sebulan tiga kali...namun kehadiran Rosmah dipagi raya menambah syahdu di jiwa Anwar. Hatinya pilu...

Pilu mengenangkan nasib isteri dan anaknya yang terpaksa menyambut raya di Penjara...Pilu kerana tidak berpeluang untuk BEBAS BERAYA BERSAMA ISTERI DAN ANAKNYA..Anwar tak dapat menahan air matanya lagi...

Air matanya dikesat dengan penuh kasih sayang oleh isterinya...Dipeluk dan dicium dahi isteri dan anaknya...terasa amat berat untuk dia MELEPASKAN mereka ....

"Najib tak ikut?....." Tanya Anwar tentang kelibat anak sulungnya sambil menikmati juadah raya yang dibawa isterinya.

Rosmah diam...dia seakan mengerti betapa suaminya rindukan Najib...anak sulung mereka...tetapi apakan daya...Najib sudah dewasa...sudah pandai melawan...sudah pandai memberontak...Rosmah dan Anwar tahu yang NAJIB MALU...Malu kerana berayahkan banduan.

"Tak apalah Ros..". Suami amat memahami apa yang dirasai dan ditanggung isterinya diluar penjara...

" Adikk...ni ayah buatkan sampin untuk adik...cantik tak". Anwar menunjukkan sampin yang dijahitnya sendiri pada anak bongsunya itu. 

Si Anak riang sambil terus memakai sampin pemberian ayahnya,dipeluknya si ayah ......

Suasana sedih menjadi ceria seketika tak kala melihat gelagat anak bongsu mereka Mahathir memperagakan sampin baru...kesana kemari...hingga anaknya itu disapa oleh rakan sepenjara Anwar iaitu Lim Kuat Siang dan Gumpal Singh yang sama sama turut meraikan sambutan hari raya pagi itu.

" Wa..cantik cantik...Lu punya bapak bangusss". Puji Lim Kuat Siang sambil menunjukkan tanda bangus pada Anwar dan isterinya. Gumpal Singh yang duduk dikerusi cuma senyum memerhati.

Macam mana senyuman pun dihulur, ianya tetap penuh dengan kesedihan.....Anwar merapati isterinya....sambil memegang erat tangan isterinya itu...dia berkata dengan lembut

" Ros...abang ada HADIAH...." Tenang Anwar bercakap sambil menahan sebak kali kedua...matanya mula berair...

" Apa bang..". Rosmah mula rasa risau.

" Abang tak dapat dan MAMPU JELASKAN SEKARANG...Ros ambil dan bacalah surat ni ...!". 

" Ya Allah! Surat apa ni bang..." 

" Bacalah malam ni...ABANG MINTA MAAF...". Suami berusaha untuk berkata dan melemparkan senyuman.

Malam itu.......

" Ros, abang tahu Ros isteri yang baik, isteri yang setia.. sepanjang 4 tahun abang di Penjara, Ros tetap setia ...tetap bersama abang...Abang terharu sayang...abang bangga memiliki isteri sebaik Ros. ABANG HARGAINYA ........

Tapi...selaku isteri yang setia dan baik...abang tercabar dan merasakan abang tidak lagi layak berada disisi Ros. Bukan kerana abang tidak sayang...bukan kerana abang tidak cinta...tapi percayalah! PENGORBANAN INI SEBAB ABANG CINTA DAN SAYANGKAN ROS...

Abang tak boleh zalim dan pentingkan diri sendiri...kesilapan yang abang LAKUKAN TIDAK SEPATUTNYA ROS DAN ANAK TANGGUNG...BIARLAH ABANG HARUNGINYA SEORANG!

SAYANGKU ROS...Terimalah HADIAH YANG BERAT UNTUK ABANG LAKSANAKAN TAPI DEMI ROS ABANG TERPAKSA. 

"Sayang....segala dosa Ros dah abang ampun kan...dan dengan lafaz BISMILLAH ...Abang ceraikan Rosmah binti Munsar dengan talak 1..."

Abang minta maaf kerana tidak mampu menjadi suami yang baik pada Ros....semoga dengan HADIAH INI Ros dapat teruskan kehidupan dengan lebih baik...Abang doakan Ros BAHAGIA sayang...

Abang doakan.........

Yang Benar

Anwar Bin Rahim. 

Ya Allah!! 
Rosmah menangis...Rosmah nampak dunianya jadi gelap seketika..Fikirannya buntu........

ADAKAH SINAR UNTUKNYA SELEPAS INI??? 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.