-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 1 Ogos 2013

EDISI KHAS RAYA- JANGAN JADI MACAM NURUL ...........

PEMBACA

Telefon tiba tiba berdering sewaktu Nurul sedang melayan pelanggan di butik miliknya yang baru berpindah lokasi. Nurul cuma memerhati nama pemanggil...tidak mahu menjawab kerana Nurul tahu emaknya pasti nak bertanya bila dia mahu pulang ke kampung.

Hari itu butiknya dikunjungi ramai pelanggan yang sibuk mencari pakaian raya...Nurul sangat sibuk maklumlah pembantunya sudah pun mula bercuti...tinggal 2 hari saja lagi nak raya...TELEFONNYA berdering kembali...dicapai dan dilihat nama pemanggilnya...Angah pula yang telefon rupanya...Nantilah aku telefon Angah semula..bisik hatinya.

Tidak sampai 10 minit...telefonnya berdering kembali menyebabkan Nurul mula terasa TERANCAM ...TIDAK SELESA..tanpa memerhati nama pemanggil dia matikan terus Handphonenya....

Dalam pukul 3 petang...Nurul tutup butiknya...dia duduk dan berehat sebentar untuk menghilangkan penat setelah seharian melayan pelanggan yang pelbagai kerenah . Penat sangat dirasai...nasib baiklah hari tu NURUL mendapat "PELEPASAN"  untuk CUTI puasa...

Setelah berkemas ala kadar dan menutup akaun butiknya, Nurul bergegas keluar untuk membeli persiapan raya...dia sudah berjanji dengan beberapa rakannya. 

Hampir malam baru Nurul sampai dirumah yang baru dibelinya sebulan lalu...diletakkan barangan yang dibelinya...Esok pagi pagi Nurul dah nak mula bercuti dan pulang beraya...Ahh! Malas betul nak berkemas...esok sajalah!! Bisik hatinya mengalah dengan kepenatan.

Malam itu Nurul tertidur dengan lena...selena HPnya yang tidak berbunyi kerana dia terlupa nak hidupkan semula..Dalam kesunyian malam tinggal ditempat baru itu, Nurul tidak sedar apa apa...cuma lenggok badannya saja bergerak melayan aksi tidur...

Dalam pukul 3 pagi...Nurul terbangun...hatinya triba triba jadi resah dan gelisah....macam ada sesuatu yang tidak kena...Nurul terbayang wajah emaknya...Nurul terasa sesuatu ...

"Kenapa niii....." Nurul berbicara sendiri ....dicapainya hp yang dimatikannya sejak siang tadi...dia mahu telefon Angah kerana Nurul terasa sesuatu...

Apabila hpnya dibuka semula...berpuluh panggilan dan sms yang diterimanya muncul satu persatu...semua panggilan tidak dijawab...

Nurul mula terasa bersalah dan mula terasa berdebar kerana SEMUA PANGGILAN YANG TERTERA DALAM HPNYA ADALAH PANGGILAN DARI ADIK BERADIKNYA...BAPA SAUDARANYA...

Dalam debaran dan kegelisahan itu...satu persatu SMS dibacanya...hinggalah dia terlihat satu SMS yang menyebabkan NURUL TERASA HENDAK MENJERIT!! HENDAK MERAUNGGG..........NURUL HENDAK BALIK !! NURUL INGAT EMAKKKK...Nurul ingat Ayah......

AIR MATA NURUL TAK BERHENTI MENGALIR ...namun segalanya sudah terlewat......segalanya terjadi tanpa diduga...



"Jawablah panggilan yang diterima terutama dari keluarga,mana tahu kan...................."

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.