-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 4 Ogos 2013

ESOK HARI RAYA!!!

PEMBACA


Assalamu’alaikum W.B.T...

Pejam celik, pejam celik, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita umat Islam kat Malaysia ni dan beberapa negara yang sewaktu dengannya akan menyambut kedatangan Syawal yang dijangka jatuh pada 08-08-2013 (Khamis). Oleh itu, saya mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada anda semua yang setia melawat blog kami ini...


Saya dan suami (+Dukun Pasir JOMGELAKFM) juga menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada kawan-kawan yang dok selalu usyar blog syok sendiri kami ini dan semua yang pernah membaca entri-entri kat blog ni. Manalah tahu ada entri yang saya dan suami tulis kat blog ni telah menyinggung perasaan dan menyakiti hati anda secara sedar atau tanpa sedar, secara langsung ataupun tidak langsung.... walaupun kami tak pernah buat jualan langsung.. hehe..

Harap dimaafkan ye dan jangan disimpan di dalam hati. Kepada yang balik ke kampung halaman tu lebih-lebih lagi yang bawa kenderaan sendiri, pandu elok-elok. Amalkan pemanduan berhemah di jalan raya dan paling penting, banyak-banyakkan bersabar. Ingat orang tersayang. Semoga selamat sampai ke kampung dan in advance, selamat kembali juga nanti. InsyaAllah. 

Akhir kata, selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Selamat bergembira....


P/s: err.. err..Kalau ada duit raya lebih tuuu, hulur-hulur lah kat sini.. huhuhu…toinkkk!!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.