-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 3 Ogos 2013

EDISI RAYA- JANGAN MALAS BACA KISAH NI.......

PEMBACA

AMRI sudah lama merantau di ibu kota dan setiap kali menjelang raya,Amri akan pastikan tiket bas dibeli awal . Cuma itu saja pengangkutan awam yang dapat menemukan Amri dengan keluarga tersayang dikampung. 


 Kini tinggal seminggu lagi menjelang raya,Amri sudah berbelanja membeli beberapa pasang pakaian untuk emak,Abah dan adik adiknya dikampung. Tetapi Amri sendiri merasakan kelainan ,tahun ni boleh dikatakan semua pakaian yang dibeli untuk ahli keluarganya  berwarna putih ,entah kenapa .....

Amri tiba tiba merasakan warna putih amat cantik dan menarik pada pandangan matanya walaupun dia gemar warna hijau. Bagi baju melayu Amri sendiri pula dia memilih warna HITAM walaupun gelodak hatinya tidak menyukai warna hitam, tetapi semacam ada sesuatu yang memaksa Amri untuk menukar selera .......

Esok kemungkinan Raya, Amri sudah sedia menanti bas Express dengan segala beg yang penuh berisi pakaian baru dan lama . Tiket bas yang dibelinya 3 minggu dulu digenggam erat sambil memerhatikan orang ramai yang sudah mula berpusu pusu untuk menuju ke destinasi masing masing. 

"Nak balik  mana anak". Triba tiba seorang  Pakcik tua menyapa Amri .

" Pasir Mas Kelantan Pakcik. " 

"Tempat orang kaya tu ,pasir pun Mas haha". Pakcik cuba buat lawak untuk menghilangkan resah menanti Bas yang masih belum tiba. 

"Hahaha,Pak cik pula" Ketawa Amri malam itu setelah sebulan dua ni jiwa dia tak tenang dan sentiasa cemas dan berdebar debar.

" Pakcik nak balik tempat penternakan Badak dalam Gua hahaha..Gua Badak  Lenggong Perak nak". Jawab Pakcik tu sambil mengeluarkan sesuatu dalam begnya. 

"Nah ! Sambil nak balik malam raya ni,kamu bacalah Yasin ni dalam bas,semoga kita SELAMAT SAMPAI ......". Pak Cik itu menyerahkan senaskah Yasin pada Amri . 

"Oh! Terima kasih Pakcik Amin!! Semoga Pakcik pun selamat sampai ". Jawab Amri  lalu menyimpan surah Yasin dalam poket baju melayu yang dipakainya malam itu.

Amri memerhatikan gelagat Pakcik tadi yang terus menyapa orang ramai disitu sambil menghulurkan sesuatu yang diketahuinya .... Rajin betul Pak cik tu bersedekah surah Yassin...bisik hati kecilnya.

Dalam Bas yang dinaiki Amri, Amri melihat sekeliling para penumpang, ada yang sudah berkeluarga, ada yang sendiri dan ada juga kaum lain iaitu India yang duduk dibahagian belakang. Masing masing hulurkan SENYUMAN pada Amri yang berjalan mencari tempat duduknya. Amri duduk bersebelahan dengan seorang kanak kanak yang asyik tidur sambil memeluk  erat kotak kasut. 

Perjalanan pun bermula...,para penumpang bas itu  melayan rasa BERBUNGA UNTUK PULANG BERTEMU keluarga tersayang....masing masing tak sabar nak sampai ke destinasi,masing masing membawa hati berbunga bunga untuk menyambut raya.......

Amri meraba kocek baju melayunya...diambil surah Yasin dan mula membaca hingga Amri terlelap sambil tangannya erat memegang surah Yasin.....

TAKDIR ALLAH SIAPA DUGA!!! Pada pukul 3.45 pagi...Bas express itu kemalangan lalu terbakar! Tiada seorangpun penumpangnya selamat termasuk Amri...

Namun Allah memberi peluang Amri menunaikan HAJAT nya. 

PASIR MAS,Kelantan ..... 15 minit sebelum Azan Subuh! Kelihatan Amri sedang menggalas  beg menuju kerumah ibu bapanya...

"Assalamuaikum ...Mak ...Amri balik". Keheningan syahdu subuh itu menjadi ceria seketika kerana seisi keluarga menyambut kepulangan anak sulung mereka. Adik adik Amri yang terjaga subuh itu riang gembira tak kala menerima hadiah baju raya...masing masing sibuk melaram dengan baju raya pagi tu yang warnanya sama iaitu putih.

" Ini untuk emak dan abah..."Amri hulurkan telekung dan sepasang baju kurung putih untuk emak. Abah dihadiahkan kain pelekat dan sepasang baju melayu ,juga berwarna putih berseri...

"Syukurlah Amri selamat pulang,dah masuk waktu ni ,mak dan abah nak solat subuh dulu...jangan makan banyak sangat dodol tu Amri,nanti tak larat nak solat ". Pesan emak pada anaknya si Amri yang asyik menikmati dodol kegemarannya.....Emak dan abah berjalan menuju ke surau untuk solat subuh.  

Selesai solat subuh...Langkah pulang mereka terhenti bila  melihat ramai tetamu termasuk anggota polis berada dirumah mereka. BAGAI TIDAK PERCAYA dan hampir rebah emak dan abah bila diberitahu yang Amri terlibat dalam kemalangan maut....sedangkan 15 minit sebelum subuh tadi Amri "TELAH PULANG" ...AMRI yang mencium tangan emak dan abah tadi....  


"Dah Azan subuh tuu...Baju mana??...! ".

Abah mematikan lamunan KESEDIHAN emak subuh itu....Emak hulurkan BAJU MELAYU PUTIH pada abah....emak siapkan diri dengan memakai telekung dan berbaju KURUNG putih ...Itulah pakaian mereka setiap kali menunaikan solat subuh dipagi raya iaitu pakaian pemberian Amri yang diambil dari rumah mayat 2 tahun yang laluuu......... 

SEMOGA ANDA SELAMAT PULANG BERAYA.....amin ya robbal alamin.........


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.