-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 19 Ogos 2013

AYAM GORENG BEREMPAH TAK KUNJUNG TIBA.. eh ehhh!!

PEMBACA
Sempena hari raya yang masih berbaki ni, kadang-kadang kita buntu nak jamu tetamu.. takkan asyik nak goreng mee je kan kan kan?? So harini Nur nak beri satu resepi yang agak istimewa... Resepi kita hari nie ialah AYAM GORENG BEREMPAH TAK KUNJUNG TIBA..



Bahan-bahan nya ialah:
-sudah tentu ayam takkan nak beli lembu atau tapir pulok...
-minyak masak, kalau boleh cap jalen (ada ker?)
-kicap jalen(hah! yg nie memang ada)
-sos jalen
-rempah ratus yg malas nak sebut sebab beratus-ratus
-lagi?? anda tanyalah kat mak masing-masing...

Ok cara-caranya pulok;

Pastikan ayam yg digunakan sudah disembelih dan kalau boleh ayam kampung yg dahpun akil baligh. Untuk sembelih anda boleh panggil tok imam masjid kampung anda.  Kalau tok imam sibuk ajk masjid pun boleh jugak tapi bukannya Ah Chong yg buka kedai repair basikal belakang rumah anda.


Tuang minyak masak ke dalam kuali. Tunggu sehingga minyak betul2 panas. Anda boleh lah melakukan aktiviti lain sementara menunggu minyak panas. Ambil masa ini untuk melakukan senaman ringan. Selepas melakukan senaman ringan, cuba berlari-lari anak disekeliling rumah. Bila sudah bosan cuba pula berjoging sepanjang taman di rumah anda. Pastikan anda melakukan senaman ringan yg betul untuk mengelakkan orang di taman usung anda balik rumah sebab kaki anda krem.

Cara untuk memastikan minyak sudah cukup panas, caranya mudah saja. Ambil jari anda, kalau malu anda boleh minta bantuan adik anda. Letakkan jari anda di tepi kuali dan bila secara spontan anda menjerit…adoi!!, maka kompomlah minyak itu sudah betul-betul panas.

Pecah sebiji telur ayam dan masukkan ke dalam kuali tadi. Anda tidak perlu menggunakan hammer ataupun apit-g untuk memecahkan telur tersebut, memadailah dengan menggunakan sudu ataupun pecahkan di tepi kuali dalam skala 90 darjah.

Bila telur tersebut sudah panas angkat telur tersebut dan letakkan di pinggan. Hiaskannya dengan menabur bawang goreng ataupun timun untuk menambahkan lagi kesedapan makanan. Jangan tabur macam nak tepung tawar mempelai bersanding pulak. Macam orang kahwin nanti jadinya.

Ayam tadi, anda ambil dan masukkan semula ke dalam peti sejuk.  Anda boleh gunakan pada hari yang lain. Inilah yang dikatakan family planning.

Panggil sanak saudara ataupun rakan taulan ke rumah anda untuk merasai hasil masakan anda. Menu ini sesuai untuk hidangan 2 orang dan boleh ditambah dengan masak lagi beberapa telur ayam.

Akhir kata selamat mencuba dan pasti anda tak akan boleh lupakan masakan ini sampai bila-bila. Tapi Nur tak janji tau..kekekeke

MENU INI JUGA DI TAJA OLEH MINYAK MASAK CAP CIKGU ROKIAH DAN SUAMINYA.
“SUNGGUH MURNI MACAM CIKGU MURNI”


Miahahaha!!! toinkkkk!
+Nur Camelia Huda


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.