-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 10 Julai 2013

UJIAN DARI FACEBOOK...Awas!!

PEMBACA

Adakah anda pengguna tahap tegar lagi gaban Facebook? Ibarat kata semua urusan yang hendak dibuat perlu diutamakan Facebook dahulu...jika betul anda patut baca dan SERTAI ujian dibawah, adakah anda lebih hebat dan mampu kalahkan individu dibawah?

" Ahmad seorang yang gila Facebook...hidupnya mesti dimulai dengan Facebook. Satu malam, penulis sms Ahmad dan ajaknya minum bersama maklumlah dah seminggu penulis tak berjumpa Ahmad, pasti ada beberapa cerita menarik untuk kami kongsikan malam itu.

" Kebetulan kami sampai serentak, Ahmad senyum sambil terus membelek handphonenya.." Facebook lah tu.."bisik hati penulis. 

"Minum?" Tanya pelayan kedai.

" Tea panas dan Mee Goreng..." Jawab penulis sambil melihat Ahmad yang asyik dengan Facebooknya.

" Sama..." Jawab Ahmad ringkas.
Penulis perhatikan sekeliling kedai minum malam itu...rata rata pelanggan membuat aksi yang sama macam Ahmad...masing masing lebih tekun melihat HP dari melihat orang sekeliling termasuk makanan dan minuman didepan meja...Ada yang menghirup saja air sambil mata tetap mengadap HP...ada yang lansung tidak jamah makanan didepan asyik dengan HP...ahh!! 

Memang sunyi betul malam itu...masing masing sibuk dengan Facebook..nasib baiklah tukang masak kedai itu tidak sibuk dengan HP dan facebook juga...hahahaha.

Bosan juga dengan sikap Ahmad yang asyik dengan Facebook, penulis pun lakukan aksi yang sama...buka juga Facebook walau penulis bukanlah orang yang rajin memberi komen apatah lagi membuat status..baca aje lah apa yang patut...

Dekat 2 jam juga kami begitu...hinggalah penulis bercakap..

" Dah..jom balik...dik! Kira.." . Kata penulis sambil memanggil pelayan kedai...Ahmad angguk saja kepalanya .

 .......................

Penulis rasa....ada diantara kita semua ALAMI SITUASI DIATAS..situasi dimana dunia menjadi senyap kerana Internet terutama Facebook...situasi dimana manusia kurang bercakap tapi BANYAK MENAIP ...

Dah ujian yang penulis cakapkan diatas tadi ialah KEHEBATAN AHMAD YANG MAMPU TIDAK BERCAKAP BANYAK..cuma SATU PERKATAAN SAJA YANG DISEBUTNYA SEPANJANG 2 JAM BERSAMA PENULIS IAITU ..."SAMA"

Jadi jika anda juga SAMA macam Ahmad, anda bolehlah cuba untuk tidak bercakap selama sehari...cukuplah bercakap dengan menaip saja...hahaha

Jangan SAMPAI DIHARI RAYA NANTI FENOMENA BEGITU MENJADI SATU TREND......tetamu datang kerumah untuk melayan Internet bukan untuk menjamah kuih raya yang dihidang atas meja...


" SEKARANG ,MULUT TIDAK LAGI BERFUNGSI UNTUK BERCAKAP...FUNGSI MULUT SUDAH DIAMBIL ALIH OLEH JARI ..."

Faham maksud nya ayat diatas?? Jika tak faham, tanya lah diri anda...adakah anda banyak bercakap atau banyak menaip menggunakan JARI jemari .....Hahahaha

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.