-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 12 Julai 2013

Al kisah NIAT PUASA .......

PEMBACA
Hari ke tiga puasa baru saya berpeluang untuk bersahur bersama mertua. Rasanya memanglah amat mengerikan bagi seorang menantu walau saya pernah ada mertua sebelum ini...rasa teruja,takut dan sebagainya tetap ada, ditambah pula dengan kedudukan saya bersuamikan ANAK SULUNG.....semua mata tertumpa pada kita...ahaks!


Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan layanan keluarga sangat membahagiakan saya walaupun jari saya masih menggeletar tak kala emak mertua masukkan mee bandung Muar yang saya masak kedalam mulutnya...Fuhhh!! Syukur sesangat.

Tapi ada sesuatu yang saya tidak boleh dan akan saya ingat sampai bila bila, rupanya dalam keluarga mertua baru saya ini ada sesuatu yang indah boleh kita kongsikan...NIAT PUASA .....

Begini......selesai bersahur ,saya dan anak anak terkejut bila melihat seorang demi seorang anak saudara yang boleh berpuasa mengadap emak mertua yang dipanggil OPAH....

Seorang demi seorang akan membaca niat puasa.." nawaitu sauma ghadin a'n adai' fardhi shahri ramadhana hazihis sanati illahi taala "..........

Kata emak,beginilah amalan mereka sekeluarga, dulu emak mengajar dan mendengar anak anaknya seorang demi seorang untuk baca niat...kini tradisi itu diturunkan ke cucu cucunya...

Tujuan utama emak buat begini supaya , masa yang ada tidak terluang dan MEREKA TIDAK BERPELUANG UNTUK TIDUR sebelum MENUNAIKAN SOLAT SUBUH. Emak kata...nak kejut anak anak bila selesai makan untuk solat subuh MEMANG BERAT...jadi emak buat cara baca niat ini...bayangkan 8 orang anak ...bila sampai giliran ke 7 Azan subuhpun berkumandang jadi tiada lah yang tidur ...bijakkan?

Terima kasih sayang membawa kami bersama awak dan mereka..+dukunpasir


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.