-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 14 Mei 2013

PISANG GORENG CUMA SETAHUN SEKALI......alahai!!

PEMBACA

"Petang ni you tak payah beli apa apa...i buat pisang goreng....." Terkejut apabila mendengar arahan suami dari dalam telefon.....biar betul?
" Baba beli ke buat? Konfiuslah Nur sayang..." Tanya ku inginkan kepastian takut tersalah dengar.

"Huh! I goreng leee..Jangan ingat i tak pandai masak...pisang goreng i ni kalau Chef Zubir rasa pasti tak nak dah.." Suami ku mula temberang ...

Petangnya kami anak beranak di LARANG dari memasuki ZON DAPUR kerana suami takut Resepi pisang gorengnya diciplak...elehh!! Sambil menunggu dengan penuh debar dan penuh KURANG keyakinan...si anak mula bertanya.

" Betul ke Baba masak ibu...entah entah Baba beli..?"

" Memang la Baba beli...Liya nampak tadi.." Kata anak daraku menguatkan sangkaannya Baba mesti tak memasak walaupun memang kedengaran dan berbau PISANG sedang digoreng didapur.....

" Kan dah kata...Baba beli kat ne Kakak". Tanya sibongsu. 

" Baba beli pisang tanduk dengan kakak tadi...". Laaaaa..beli pisang rupanya,bukan pisang yang siap digoreng...Suspender ajee dak empan ni......huh!

"Okeyyyyyyyyy...ladies and gentelmen ...sila sila rasa masakan Pisang Goreng ala tomyam ini...yang RASANYA TETAP PISANG GORENG TIADA RASA TOMYAM" Kata suami ku dengan bangga sambil menjemput kami anak beranak makan...

" Pandai juga Baba masak...sedap". Puji ku kerana pisang goreng yang dimasak cukup rasa dan pastinya rasa pisang goreng kan baba kan kan kan kan...

Suami ku cuma tersenyum sambil memerhati kami makan...tanpa ku sedari ......malam itu baru aku perasan tak kala memerhati dia tidur

Itulah salah SATU PENGORBANAN suami ku untuk kami anak beranak...Aku tahu suami ku sibuk yang amat sangat! Masanya begitu terhad...hingga kalau pergi shoping untuk 3 orang anak pun cuma diberi masa 1 JAM...Hidupnya terpaksa kesana kemari kerana KAMI BERKONGSI KASIH dengan keluarga yang lain...tapi aku redha...aku redha dengan penuh keinsafan dan rasa TERHARU

SUAMI KU SANGGUP MASAK PISANG GORENG UNTUK KAMI WALAU MUNGKIN IANYA CUMA SETAHUN SEKALI BAGI KAMI MERASA AIR TANGANNYA...


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.