-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 14 Mei 2013

KISAH AIR MINERAL DAN SOLAT.......dasat tuan puan!

PEMBACA

Peristiwa ini akan sentiasa penulis ingat sampai bila bila kerana ianya adalah satu bukti sikap toleransi dan hormati sesama kaum dalam negara kita.Kita akan dapat selami jiwa mereka dari kisah ini......


Waktu itu sudah hampir 3 petang...rakan Penulis iaitu Pak Ya adalah orang yang begitu menjaga sembahyang..dia berkali kali mendesak kami mencari masjid berhampiran untuk solat .

Namun apakan daya, kami berempat bukanlah orang bandar yang tahu selok beloknya...nak sampai ke tempat perhimpunan inipun setelah PUAS BERPUSING PUSING sekitar ibu kota. 

Hendak bergerak jauh sikit...risau pula maklumlah takut tak jumpa jalan kami letak kereta...maka terkial kial lah empat insan ini mencari cari sambil memandang mandang surau aatau masjib. 

Dalam masa tercari cari penulis terpandang beberapa jemaah sedang mengerjakan solat dikawasan padang ...Apa salahnya...dari kita membuang masa mencari cari baik kita tunaikan solat dulu disitu...semua setuju...

Tapi.......

Ada satu masalah......kami tiada air...cuma ada air meneral water yang dibawa ..itupun cuma 2 botol sedangkan kami berempat. Meninjau lagi kesana kemari mencari kedai untuk membeli air mineral water.....

Malangnya ..impian itu hampa...lebih ramai orang berpakaian kuning dari sebiji kedai yang ada menjual mineral water...kami pun duduk diantara kelompok kelompok manusia yang sedang berehat.

" Menyesal pulak aku tak beli mineral water tadi ...tak sangka pula susah camni.." Pak Ya memulakan bicara.

" Tak pa Ya...ni semua pengalaman,lain kali kita kena ingat". 

"Tak apalah Ya...ko  solatlah dulu...nanti aku Amri dan Joe solat Jamak terus...lagipun bukan kehendak kita ..."

Pak Ya pun mengambil air sembahyang dan mula solat di tepi padang ...kami cuma mampu memerhati......

"Ehh!! Kenapa niii"....... Kami terkejut apabila didepan kami terdapat beberapa botol air meneral water yang diberi oleh kaum Cina yang kebetulan lepak berhampiran kami dan RASANYA mereka MENDENGAR RUNGUTAN kami...

" Haiya!! Angkat ini air lu olang pigi solat..." Kata salah seorang dari mereka sambil senyum dan meletakkan beberapa botol lagi air mineral water pelbagai saiz..

"Eh!! Tak pa ke ni ........' penulis masih ragu walau sudah terasa SEBAK ......

" Talak apa ma...kita sama sama latang sini...macam satu keluwarge.."......

Indahnya keharmonian disaat itu tuan puan....mereka juga sama macam kita...mereka juga hormati kita dan jangan ada pihak yang cuba hendak MEROSAKKAN semua ini demi KEPENTINGAN KUASA !! 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.