-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 28 Mei 2013

DRAMA PANAS KEKECOHAN PIALA FA MALAM TADI...Dasat tuan puan

PEMBACA
Petang semalam memang ada terdengar ura ura berlaku kekecohan dalam perlawanan bola sepak yang SUDAH TIDAK JADI SEPAK BOLA TAPI MENYEPAK ORANG antara Pahang dan Johor.


Penulis pun tak pasti apakah punca sebenar PERASAAN KETIDAKPUASAN hati antara penyokong Pahang dan Johor.....Tak pelah...kita tengok saja DRAMA 
""
PERLAWANAN SEPAK DAN BALING DALAM STADIUM KUANTAN DARUL MAKMUR SELAIN DRAMA KATA MENGATA DALAM FACEBOOK BAGI MELENGKAPKAN ACARA GILANG GEMILANG INI ...ehh..........ehh!!""





Photo: Pertembungan Pahang-JDT ditunda gara-gara penonton - Sinar Harian

28 Mei 2013

Kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain.

Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.

Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT.

Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk.

Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen.





1 Mesej diterima:

org malaysia pun dah maju macam eropah dalam isu rusuhan...tahniah

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.