-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 28 Mei 2013

MENANGIS KERANA BIL TNB

PEMBACA

Isunya bukan politik kerana ianya dialami oleh setiap orang tak kira apa pendirian politik yang disokong. FAKTANYA pula ianya berlaku dalam negara kita...tanah tumpah dan TIADA SIAPA BERHAK HALAU KITA KELUAR DARI NEGARA INI KERANA INILAH NEGARA KITA...
Bukan mahu menuding jari tetapi FIKIRKANLAH KISAH DIBAWAH YANG DIALAMI HAMPIR SEPARUH PENDUDUK DALAM NEGARA KITA.......


"En Rashid masih termenung jauh.Penat dia bekerja di kebun pagi tadi masih terasa. Kini dia menyambung kerja dipondok Jaga untuk menampung kos sara hidup keluarganya.

En Rashid termenung kerana dia SECARA TAK SENGAJA MENENGKING ANAKNYA yang cuma bertanya......"Cuti sekolah ni kita tak kemana ke Abah".Bukan niatnya untuk marah anaknya tetapi dia terpaksa ..ditambah dengan emosi jiwa yang tidak tenteram kerana kepayahan untuk teruskan hidup . 

Apa lagi yang mampu dia lakukan dengan kederat tenaga yang ada, dia juga perlu rehat yang cukup untuk bekerja, dia juga ada niat macam orang lain ingin hidup senang...tapi apakan daya, dia perlu kuat bekerja ,dia tak punya masa untuk membawa keluarga kesana kemari ... 

Kini En Rashid menangis lagi...menangis kerana terima satu lagi ujian dalam kos hidupnya........Bil TNB yang diterimanya benar benar menyentuh hatinya......AH! Tidak berbaki lagi bulan ini bisik hatinya. 

Airmatanya mengalir kerana terpaksa berlaku zalim pada anak anaknya...terpaksa menipu dengan memotong wayar kipas syiling rumahnya semata mata mahu berjimat. Terpaksa mengajar anaknya tidur dalam gelap tanpa angin kipas dalam rumah batu yang didiami ,terpaksa mengajar anaknya lampu cuma digunakan untuk malam walau terpaksa meraba raba mencari barang dalam bilik semasa siang.

Begitulah cermatnya En Rashid cuba berjimat...tapi kos bayaran yang perlu dan wajib dibayar seakan tiada erti atas usaha jimat cermatnya. 

Apa lagi harus dilakukan oleh En Rashid yang sudah bertahun  makan nasi sekali sehari, yang cuma mampu bekal gula gula sebagai sarapan pagi.Apakah perlu En Rashid matikan enjin motornya tak kala turun bukit untuk jimat minyak.....

Kadangkala dia terharu melihat isterinya menjual kuih "SATU MEJA SATU KERUSI" kepada pengguni Flat tempat tinggalnya. Kadang kala dia ingin bermesra dengan anak anaknya...tapi Dia takut ANAK NYA MENYEBUT PERKATAAN BALIK KAMPUNG! YURAN SEKOLAH! BEG DAH ROSAK...

Bagaimana lagi yang harus dilakukan...katanya sambil mengesat air mata dan menyimpan bil TNB kedalam dompet DUIT yang sentiasa KURANG DUIT ........

KEMBALI KE TRANUNG KLIK DIBAWAH


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.