-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 4 April 2013

PAT MAT KANTOIKAN PELAJAR LUAR NEGARA

PEMBACA
" Menung jauh Pak Mat....." Tanya Zakuan yang juga seorang pelajar luar negara  yang pulang bercuti semester ke dua.


" Menung la..musim luruh macam ni......."Jawab Pak Mat sambil melihat anak jirannya itu. Memang Zakuan antara anak muda kampung itu yang berpeluang belajar di luar negara iaitu United Kingdom, dan sebagai jiran Pak Mat turut berbangga .

"Hahaha! Kat Negara kita pun ada musim luruh juga ke Pak Mat". Lucu Zakuan mendengar jawapan Pak Mat tadi.

"Habis ko ingat kat luar negara aja musim luruh? Kat negara kita pun ada ". Pak Mat mula serius tapi masih boleh tersenyum.

"Pelik ni....pertama kali dengar ni....." Zakuan teruja nak tahu.

" Kat Perak, Kelantan, Negeri Sembilan yang banyak sekali musim luruh sekarang ni termasuklah dikampung kita ni......"

Zakuan garu kepala sambil memandang sekeliling....Tak ada berita pun tentang musim luruh kat Malaysia ni...tak pernah dengar pun.....tertanya tanya Zakuan dalam hati.APA YANG LURUH?

Pat Mat senyum sambil berdiri depan Zakuan yang masih terpinga pinga ....

" Ko tengok hujung sana tu...sekarang ni pokok getah semua gugur daunnya......kan musim luruh tu namanyaaaaaaaaa...."

Zakuan diam.....hampehhh!!!! 


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.