-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 17 April 2013

MUHAMMAD TAIB DISERANG SAMPAI SELUAR DALAM

PEMBACA

Apabila bekas Menteri Besar Selangor ini mengambil keputusan untuk menyertai PAS, ada 2 isu menarik yang boleh kita andaikan.........Satu bagi pihak BN ,satu bagi pihak PAS termasuk Pakatan Rakyat.


DI PIHAK BN.
Walaupun Muhammad Taib tidak MENJADI CALON mewakili PAS, tapi tindakan beliau menyertai PAS serba sedikit merosakkan Umno dan Barisan Nasional lebih lebih lagi beliau ialah Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya. 

Muhammad Taib tidak masuk PAS seorang diri, beliau membawa sekali menantunya Ahmad Affandi yang juga KETUA PEMUDA Bahagian Kelana Jaya. Dari tindakan ini dapatlah kita simpulkan bahawa UMNO bahagian Kelana Jaya telah pun lumpuh kerana tiada ketua ...ditambah lagi dengan kemasukan Setiusaha Bahagian kelana Jaya Dato Abdul Halim Saad kedalam PKR......

Dan apa yang pasti terjadi ialah UMNO sendiri akan BONGKAR KESALAHAN KESALAHAN MAT TAIB SEMASA MENERAJUI SELANGOR sebagai BALAS DENDAM sampai ke seluar dalam!.

Dipihak PAS dan Pakatan.

Kita sedia maklum sejarah lampau Mat Taib yang penuh dengan isu isu panas, tapi kita tidak boleh lupa pada satu hakikat.....manusia boleh berubah dan mahu berubah. Cuma apa yang penulis tak sedap ialah cakap cakap ahli Pas sendiri yang mendakwa.....

Mat Taib sedang berusaha untuk menyelamatkan dirinya sendiri...maksudnya bila dia menyertai PAS dan ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah Negara, Mat taib akan sekurang kurannya selamat kot ......

Memang rata rata penyokong PAS tidak gembira dengan situasi ini,ramai yang bangkang didalam diam tetapi ambillah kjedian dibawah ini satu pedoman......

Seorang Banduan yang telah insaf dan mahu pulang ke pangkuan keluarganya, dan kita sebagai keluarga tersebut ADAKAH PATUT KITA BUANG BANDUAN TADI semata mata kerana dia seorang banduan? Dimana letaknya nilai nilai dan Nur Islam dalam diri kita yang kita perjuangkan selama ini?  Terima semua yang mahu bersama kita walaupun bekas MUSUH kita sendiri kerana Allah yang lebih mengetahui dan kita cuma menjalankan perintah dan amanahnya saja.

Lemah dan degilnya kita apabila ada bekas penagih kembali kepada kita, kita herdik dan buang dia yang akhirnya penagih itu kembali semula ke habitat lamanya kerana apa?? Kerana TINDAKAN KITA yang menyuruh mereka jadi jahat dalam DIAM.......

Penulis tidak samakan Mat Taib seperti diatas, itu cuma sekadar contoh yang boleh kita renungkan kerana Ada rahmat yang Allah mahu beri pada PAS dan Pakatan Rakyat...tunggu saja!


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.