-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 11 April 2013

KENAPA SPR PILIH AHAD 5 Mei? Jawapan mereka

PEMBACA
Ini adalah sebahagian pendapat yang penulis kumpul dari pelbagai sumber dari yang menyokong dan kepada yang membangkang kenapa SPR pilih hari AHAD yang tarikhnya ialah 5 MEI?

Ini beberapa pendapat meREKA meREKA yang terlibat, sengaja penulis besarkan huruf REKA kerana, ini pendapat mereka yang meREKA pendapat meREKA sendiri.....faham tak? Hahaha

Bagi dipihak BN, hari AHAD adalah satu tarikh yang sesuai, rata rata mereka sangat bersetuju kerana AHAD adalah hari cuti penuh,maksudnya jika dibuat hari Sabtu ada yang bekerja separuh hari macam yang disuarakan oleh En. Ahmad Bin Sabtu seorang petani moden dan dipersetujui oleh rakannya En. Mahad bin Ahad .

Dipihak pembangkang pula......??

Adanya unsur sabotag kerana negeri Kedah dan Kelantan cuti hujung minggu ialah Jumaat dan Sabtu dan hari Ahad adalah hari bekerja disana. Ini akan menyukarkan pengundi pengundi dinegeri Kedah dan Kelantan dan......errr....kabarnya juga

INI AKAN MEMBERIKAN PELUANG TERAKHIR DS NAJIB untuk melobi kerana hari pekerja akan dibuat pada 4 Mei dan jemputan telahpun disebarkan seperti dibawah ini.......

Ada juga pendapat MEREKA .......Jika ditakdirkan PR berjaya memerintah, apakah akan BERULANG PERISTIWA 13 MEI??

Tapi.......jangan sesekali kita lupa, SEBAIK BAIK PERANCANG IALAH ALLAH.....


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.