-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 19 Mac 2013

TERSEMBAM DIRUMAH PENGANTIN!

PEMBACA
Tak lama lagi nak cuti sekolah .......bila cuti sekolah mesti majlis kawin...bila ada majlis kawin mesti ada jemputan.....bila ada jemputan ....mesti kita kena pergi terutama melibatkan saudara mara dan rakan taulan.

Sebut pasal majlis kenduri kawin ni, penulis ada satu pengalaman yang dikira memalukan seisi keluarga ......Minggu lepas penulis menerima jemputan untuk hadiri majlis kawin saudara di Shah Alam. 

Selepas subuh penulis sekeluarga bergerak ke SHah Alam dan cuma singgah sebentar di Hentian Seremban untuk sarapan pagi. Kami tiba dirumah pengantin sudah agak lewat dari jangkaan awal kerana tersesat......maklumlah jarang jarang sekali pergi Shah Alam...rumah nak ditujui pulak di kawasan yang banyak Seksyen-seksyen ...boleh pening nak mencari seksyen 17la...syeksyen 21 la...nasib baik tak ada jalan SEKSYEN KANUN ACARA JENAYAH!.

Cari punya cari akhirnya berjumpalah rumah pengantin.....bayangkan kami didalam kereta dengan keadaan perut dah mula berkeroncong untuk Ana....yang nampak muka masing masing mencuka menahan lapar.

Kebetulan nak dihangitkan lagi hati yang sedang panas kerana lapar, waktu pukul 2 itulah ramai tetamu yang datang......terpaksalah pula menanti giliran untuk makan ....maklumlah tuan rumahnya menggunakan khidmat katering.....bukan boleh suka suka duduk macam dikampung.

Akhirnya kami sekeluarga berpeluang juga untuk makan setelah sekian lama CUMA MEMERHATI ORANG MAKAN......huh!! Tak tunggu lama.....kami sekeluarga makan dengan penuh rasa KELAPARAN......terasa sedap dan lazat sungguh masakan kenduri hari itu.

Tak sedar ...makan punya makan nasik dah habis dipinggan.....perut lapar lagi ni...tengok pula anak si ANAS yang setiap jam perlu ada bahan makanan dalam perutnya ...tak semena mena penulis pun bangunlah nak menambah nasi dan lauk....cari punya cari mana pula tempat dihidangkan makanan ini.....?? 

Dalam sibuk terkial kial membawa pinggan untuk menambah nasi itu...isteri penulis menegur...." Errr.....katering ni boleh tambah ke Baba?? " Tersendak penulis dan baru tersedar .....

INI bukan kenduri dikampung...yang boleh kita tambah tambah sesuka hati....ini di Shah Alam!.........akibat malu dan nak cover malu sebab rasa macam orang tengok ajee gelagat kami........kami sekeluarga menuju ke plastik sampah yang diletakkan ditepi dan buang pinggan dalamnya......Kononnya bangun tu sebab nak cari tong sampah bukan nak cari makanan......sedangkan CUMA KAMI SAJA YANG TERRAJIN buat cenggitu...tetamu lain sudah makan biar aja atas meja...... Miahahahaha.......

Balik dari rumah pengantin.....terus singgah di kedai makan.......rupanya SEKSA bila kita pergi kenduri yang majlisnya di uruskan secara katering.....makanan pun kena catuuu.....TAPI apa nak buat!! Itulah bezanya penduduk di bandar dengan di kampung.......

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.