-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 20 Mac 2013

TAK LOGIK TAPI LOGIK PADA MEREKA

PEMBACA
Dalam politik ada banyak perkara perkara yang tidak logik pada sebelah pihak tetapi LOGIK pada sebelah pihak yang satu lagi...

1- Negara akan huruhara dan bangkrap kalau Pakatan Rakyat perintah.....setakat hari ini tiada satu pun bukti atau kejadian huru hara seperti dilontarkan itu, jika nak dijadikan perhimpunan bersih sebagai bukti ......tidak boleh kerana ada keraguan yang boleh dipertikai disebalik perhimpunan dan jangan lupa dirujuk pada perhimpunan anjuran mereka yang kita dibuktikan mereka lebih ganas dan menyerang pejabat parti dan cuba merosakkan   harta awam seperti kejadian yang berlaku di Pulau Pinang. Bangkrap?? Adakah Pulau Pinang, Kedah dan Selangor bangkrap sekarang? Adakah PENILAIAN DAN PUJIAN  ketua Audit kepada negeri negeri pimpinan pembangkang ini HARUS DIKETEPIKAN??

2- Anwar Ibrahim dikaitkan dengan pengganas di SULU cuma berdasarkan bukti gambar lama perjumpaan beliau dan LAGU nyanyian ......SECARA LOGIK .......bolehkah jika kita nak minta sesuatu kita akan minta pada orang YANG TIADA KUASA @ ORANG YANG BELUMPUN BERKUASA?? Mustahil Kiram nak minta pertolongan Anwar Ibrahim kerana dia belum lagi berkuasa di Malaysia....malah mungkin beliau tidak akan berkuasa di Malaysia.....

3- Gambar lucah yang disebarkan .....jika kita lihat dan digembur gebarkan ialah VIDEO lucah......tapi sebenarnya cuma beberapa gambar yang TIDAK JELAS DAN MERAGUKAN .....dan yang peliknya isu gambar lucah ini diberikan liputan yang meluas termasuk dari para menteri.......Apa jadi pula jika dipihak PR pula menyebarkan gambar tipu  Najib dan Al Tantuya?? 

4- Sumpah dijadikan satu alasan dan amalan untuk membuktikan sesuatu perkara yang logik. Sedangkan kita tahu sumpah tidak boleh dijadikan satu bukti dan amalan bersumpah ini akan menjadikan masyarakat dan rakyat kucar kacir.....Bak kata orang dulu dulu, biar kita makan pelempang dari dimakan SUMPAH!! 

"Ehh!! Kalau camtu susah la Umno nak lawan pembangkang TAK ADA ISU"..... Haji Pakulrozi membantah .

" Apa pula tak ada isu...kan UMNO parti yang hebat! Ceritakanlah tentang kejayaan yang telah terlaksana sepanjang Umno memerintah hingga negara kita dikenali ramai bukan dengan cara mengaibkan orang. Isu pembangunan yang terbukti telah dilaksanakan sebagai contoh KlCC, Putrajaya ...itukan lebih baik kerana ADA BUKTI ...ini tuduh orang tapi tak dapat buktikan!! ". 

"HUH!! Kat sini korang berborak ruper rupernya........" 

"ALAMAKKK!! KETUA CAWANGAN DAH BERBUNYI.........cepat haji pasang bendera!" 


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.