-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 20 Mac 2013

EMAK KU CUMA MENYAPU SAMPAH

PEMBACA
"Ain.....kenapa buang sampah kat situ?"
"Ala...emak Liya kan ada....nanti dia sapula". Jawab Ain sambil menjeling pada Liya yang terasa PEDIH DIPERLI LAGI...
Memang emak Liya adalah pekerja Am di sekolahnya...dan memang hari hari emak Liya akan menyapu sampah disekitar sekolah termasuk di kelas tempat Liya belajar..TAPI..............


Sepanjang emak Liya bekerja TIDAK pernah emaknya menyapu di kelas semasa Liya berada didalam kelas....MEMANG emaknya faham perasaan tunggalnya itu. Hati emak mana yang tidak sedih apabila Liya sering menjadi mangsa ejakan kawan kawan sekolahnya kerana emaknya KERJA MENYAPU SAMPAH! 

"Ko ni Ain...tak habis habis nak usik Liya...tak baiklah". Suzana teman baik Liya seolah olah mengerti PERASAAN kawannya itu dan berlalu meninggalkan Ain yang masih mampu ketawa.......

"Tak apalah Zana...aku pun tak kisah sangat! Dah biasa aku dengan semua nii...bila aku atau mak aku lalu ada yang tutup hidung...ada yang muntah..." Liya cuba menahan sebak ........

" Sudah Liya jangan sedih sedih...BIAR busuk bekerja bukan BUSUK HATI...kan ustaz selalu cakap..." Suzana cuba meredakan kesedihan Liya.  

"Emak balik lewat hari ni ...Liya makan dulu ...nah! Emak dah belikan nasik di kantin tadi..." Kata emaknya sambil mengesat peluh.

" Liya bantu mak?" Tanya Liya pula.

" Tak payah!! Emak nak sapu dan kemas sikit saja bilik belakang tu...esok kan ada mesyuarat PIBG...."Bantah emak Liya dengan keras .

Selesai solat dan makan Liya termenung didepan pintu rumahnya menanti emaknya pulang ....fikirannya melayang dan terkenang kisah lalu.......Dulu Liya memang malu! Malu dengan kawan kawan kerana emaknya bekerja sebagai penyapu sekolah hinggakan dia pernah memaksa emaknya memindahkan dia ke sekolah lain...

Namun ...kini segala galanya berubah...! Kata kata Uztaz yang dijemput berceramah disekolahnya  masih segar dan akan  kekal dalam ingatannya.

" JIKA KITA LIHAT ORANG MENYAPU SAMPAH......Jangan kita hina....kerana dia SEDANG MEMBUANG SAMPAH DAN KOTORAN UNTUK KITA.......Kerjanya lebih mulia dan mahal disisi Allah kerana  mungkin JUGA DIA SEDANG MEMBUANG dosa kita YANG MEMBUAT SAMPAH!

Dan Liya lebih bersyukur kerana menyapu sampahlah Liya dikenali disekolah...tapi bukan anak penyapu sampah tapi pelajar terpintar dan terpengaruh disekolah...sebut saja apa aktiviti...pidato, sukan semua disertainya dan dijayakan....mungkin jika dia bukan anak penyapu sampah dan sekaya keluarga Ain, mungkin Liya akan sama seperti Ain...cuma ke sekolah untuk melengkapkan syarat ...  

" Laaaaaaaaaaaaa.............tak abis lagi sapu sampah tu Baba!! Jeritan sang Isteri +Camelia Huda  yang triba triba tercegat sambil  bercekak pinggang depan penulis yang  telah mengantoikan  DIRI  UNTUK BERANGAN dibawah pokok !

" Yelaaaaaaaa.....yelaaaaaaaaaaa....nak sapu la niiiiiiiiiiiiii............iskkk!!"

PENAJA Artikel ....Sila Klik


1 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.