-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 6 Mac 2013

PAS DAN UMNO YANG KANTOI

PEMBACA

Kes 1 ..........Bendera oh bendera

" Hoi!! Tak guna betulll....!! " Marah Zaki pada seorang pemuda BN yang sedang membelek kayu bendera PAS yang sudah tersungkur ditanah.

" Aku lempang jugak budak ni karangg!! Nak pasang bendera pasang ajala........jangan cabut bendera orang!! Ko budak mana"? Kata Mad pula menambah bara yang sedang menyala.

" Eh! Tak bang....abang berdua salah faham ni....saya bukan nak cabut....saya niat nak betulkan....tadi angin kuat........" Pemuda BN itu menjelaskan.

" Banyakla nak betulkan....!" Zaki tidak percaya........

Triba triba Aspa seorang petugas BN sampai dengan motor......ASPA memang berkawan baik dengan Zaki dan Mat  walaupun berlainan Parti.......

"Hahaha......elok pun korang ada....ni hah!! Aku belikan tali ni...bendera ko ikat tak kuat kot malam tadi...aku sampai dah tumbangg....." Kata Aspa mensebabkan Zaki dan Mat KEMALUAN........... 

Isu pasang bendera ni kadangkala BOLEH MENYEBABKAN PERANG yang lebih teruk dari  Insiden di Lahad Datu......ianya terlalu SENSITIF seperti kejadian diatas.......

........................

KES 2.... 

YANG MENGEJAR DUIT........ MEMANG ADA!! 

" Aku nak join jugak demo tu esok Ramlan...".

" Betul ke Lan...ko kan semput...karang tak pepasal ajeee"

" Alaaaaaaa...dah lama tak demo ni...dulu masa Jepun Attack Malaya rajin jugak aku demo demo ni....errr....berapa orang dah setuju nak demo esok"....

" Senarai yang kat aku ni dah ada 1000 orang, termasuk koo jadi 1001 ".

" Banner semua dah siap ke"? Aku bleh tolong malem ni".

" Dah siap dan lengkap semua.....". Akhiri Ismail Kijol sambil berlalu dari kedai minum.

" Demo apa plak ni Lan........" Tanya Zakaria yang penyokong PR .

" Pemimpin koranglah.....janji nak bagi RM2500 ....tak adapun!! Nak buat saman ni...hahahaha" . Kata Ramlan dengan kuat hingga seluruh pelanggan kedai terdengar!

"Ehh! Ko salah maklumat Lan...." Kata Zakaria .

" Huh!! Nak konar baring lagiii........dah lah! Malas aku layan puak pakatan macam korang ni......." Kata Ramlan sambil berlalu .

Esoknya selesai Demontrasi.......Ismail Kijol dan Ramlan berkata.

" Kita bincang kat kedai minum Kamarudinlah Mail..." 

" Gila kooo!! Malulah nak lepak sana.......hampeHH!! " Marah Ismail Kijol.

" Betul jugak tu...mesti Zakaria dan kuncunya menanti nak KUTUK DAN PERLI KITA..."

" Celaka betul!! Macam mana salah maklumat ni...."

SEMENTARA ITU.......dikedai minum Kamarudin, Zakaria asyik menanti kedatangan Ismail Kijol dan Ramlan........memang selepas peristiwa Demontrasi ...kelibat mereka berdua TIADA LAGI di kedai itu.......Zakaria dah sediakan SKRIP DAN AYAT PERLI untuk Ismail Kijol dan Ramlan.......

" TAK SANGKA ADA JUGA "URANG" BELUM MATI NAK DUIT KHAIRAT KEMATIAN".....

PENAJA Artikel ....Sila Klik


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.