-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 6 Mac 2013

KASIHANNYA......BILA MARAH JADI LEMBU!

PEMBACA

" Ya Allah!! Abis lembu aku......." Jerit Pak Zahid tak kala melihat 3 ekor lembunya terbungkang mati begitu saja didalam ladang milik arwah Haji Kiram. 

Sedih dan hampir menangis Pak Zahid bila mengenangkan kerugian yang bakal ditanggungnya...hatinya mula mencari punca kematian lembunya.....
Hatinya panas bila terbau racun pada mulut lembunya yang mati itu...Segera dia telefon Zakaria, rakannya untuk mengesahkan kematian mengejut 3 ekor lembunya.

" MEMANG KENA RACUN lembu ko ni Zahid......" Itulah ayat dan bukti yang diperolehnya yang menyebabkan DARAHNYA MULA NAIK KE KEPALA...ANGIN KEMARAHAN DICAMPUR DENGAN LAIN LAIN ANGIN TERMASUK  MINYAK ANGIN YANG DIBAWAnya bercampur........matanya mula merah........HATINYA MULA TERBAKAR

" ZAKIAHHHHHH!!! " Jerit Pak Zahid setibanya dirumah Arwah Haji Kiram.  

" Kenapa ni bang Zahid"......Zakiah janda Haji Kiram terperanjat dengan jeritan Pak Zahid

" Anak kamu si Dol tu mana?? Diracunnya lembu aku sampai mati...." 

" Ya Allah!! Betul ke ni bang....jangan tuduh tak menentu..." Zakiah mula resah dan gelisah dengan tuduhan itu

" TAK BETUL APA!! Kalau dah kesan racun ada dilembu aku tu....mana Dol???". Pak Zahid dah tak boleh menahan sabar........

" Dia ke kedai ....beli racun........tak percayalah bang....KITA BINCANG DULU.....bawa mengucap dan bersabar....".

" Mana mungkin aku nak bersabar Zakiah!! Ko ingat sekor lembu tu harga dua ringgit!! Aku nak GANTI RUGI.......!! Pak Zahid dah mula menunjukkan angin marahnya........

" Ya Allah!! Apa ko buat ni Dol......" Rintih Zakiah hampir bergenang air mata akan nasib dirinya........

............

" KENAPA NI MAK?? KENAPA PAK ZAHID"........ Dol yang baru tiba dari kedai terkejut melihat Pak Zahid dirumahnya......

" KO JANGAN TANYA!! KENAPA KO RACUN LEMBU AKU!! AKU NAK KO BAYAR GANTI RUGI.......KURANG AJARRR".......

" Ehh!! Bila masa pula saya racun lembu Pak Zahiddd..." 

" OIII!! MANGKUK! Tu yang ko bawa racun tu apa bendanyaaaaaa...." Pak Zahid dah makin marah

" Iyelah........memang la saya meracun ladang saya pagi tadi....dah semak sangat!! " Dol cuba mempertahankan tindakannya.

" MENGAKU PUN!! Sebab ko racunlah lembu aku mati ko tau tak?"...

" INILAH PERTAMA KALI DALAM HIDUP ORANG MARAH SAYA RACUN LADANG SAYA YANG SEMAK...."

" Ko jangan nak buat lawak bangang pula DOL....aku tetak dengan parang ni karang........aku nak GANTI RUGI.......dah salah banyak pula alasan........".

" Saya pulak yang SALAH!! Salah Pak Zahid tak nampak......" Dol mula melawan 

" APA SALAH AKU!! JANGAN NAK BERDOLAK DALIH" ...Pak Zahid dah mula mengeluarkan parangnya......

" PAK ZAHID CEROBOH LADANG SAYA DAN BAWA LEMBU PAK ZAHID MAKAN RUMPUT DI LADANG SAYA....Ada Pak Zahid minta izin?? PAK ZAHID PUN ADA LADANG SENDIRI......KENAPA NAK BAGI LEMBU PAK ZAHID MAKAN DI LADANG SAYA TANPA KEBENARAN!! KALAU HASIL SAWIT SAYA TERJEJAS DISEBABKAN KEROSAKAN PADA POKOK SAWIT DAN SEMAK SAMUN...PAK ZAHID DAH AMBIL KIRA...sedangkan emak saya beli lembu  Pak Zahid pun  dijual dengan harga biasa ....tapi lembu tu makan rumput diladang kami... ?? " Kata Dol menyebabkan Pak Zahid menyimpan semula parangnya.......

BARU PAK ZAHID tersedar.......memang dia tak pernah lepaskan lembu lembunya diladang sendiri kerana Pak Zahid tahu ...pokok sawit akan bantut dan terjejas kesihatannya disebabkan lembu....Pak Zahid bergerak lemah dan berlalu pergi dengan HAMPA!! 

Ada beberapa perkara yang penulis nak kongsikan dari cebisan kisah diatas iaitu.....

Apabila amarah menguasai diri kita boleh lupa YANG MANA BENAR YANG MANA SALAH.....

Kedua......jika Pak Zahid ialah orang politik dan diberi liputan media.....isu YANG AKAN DIPAPARKAN DALAM MEDIA UTAMA IALAH.........

      "LEMBU PAK ZAHID DIRACUN OLEH DOL......" 

Dan yang akan difokus ialah DIRACUN OLEH DOL...dan yang disembunyikan ialah......kesalahan lembu Pak Zahid menceroboh kedalam ladang DOL yang kebetulan makan rumput yang diracun oleh DOL........

NAMPAK?? haha

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.