-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 13 Mac 2013

KANTOI- SITUASI YANG TERCUCUK BESI

PEMBACA
Bayangkan anda dalam situasi seperti dibawah.....Apakah agaknya yang mampu anda lakukan untuk menutup kesalahan dan kemaluan.....


Anda bekerja dengan sebuah syarikat kontraktor.....dimasa yang sama oleh kerana inginkan keuntungan anda buka syarikat sendiri dan cuba mengambil sub projek projek dari syarikat tempat anda bekerja kepada syarikat milik anda tanpa pengetahuan bos...

Oleh kerana hari ni anda perlu berjumpa pelanggan untuk menguruskan projek atas nama syarikat anda, anda telefon bos dan maklum padanya yang anda tak sihat........

Di awal perancangan semuanya teratur, anda sudahpun bertemu pelanggan yang ingin jalankan projek anda...sambil minum minum dan makan makan anda dan pelanggan tadi berbual....

" Nampaknya semua dah selesai En. Rosli...minggu depan saya dan staff akan lawat tapak projek tu...." Kata pelanggan baru anda.

" Eloklah macam tu En. Samad...semoga kerjasama kita ni dapat diteruskan dimasa akan datang......" . Kata anda pula.

" Selepas ni En. Rosli nak kemana? Kalau tak ada apa apa, elok tunggu kawan saya datang, boleh saya kenalkan dengan dia...dia ni kontraktor kelas A...mana tau ada projek kita boleh join...". Pelawa pelanggan anda yang membuatkan anda lebih rasa teruja...maklumlah rezeki datang lagi...

" Boleh...boleh...saya kebetulan cuti hari ni....." 

Selang 10 minit...rakan pelanggan itu pun sampai yang AKAN MEMBUATKAN ANDA BERPELUH DALAM RESTOREN MEWAH BERHAWA DINGIN ITU...

Rakan pelanggan tadi pun TERKEJUT MELIHAT ANDA.....SEPERTI ANDA JUGA TERKEJUT MELIHAT DIA...

Apakah perasaan ANDA KETIKA ITU?? APAKAH TINDAKAN ANDA KETIKA ITU KERANA RUPANYA RAKAN PELANGGAN yang datang itu ialah ..........
BOSS ANDA!!!


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.