-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 13 Mac 2013

CAKAP AJA BOLEH.......Ambik koo!

PEMBACA
Pening kepala bila dua orang pekerja Indon terpaksa balik kampung...pening sebab tak tahu siapa nak uruskan ladang sawit......nak upah pekerja lain bukan senang...lagi lagi memasing sibuk ....


Puas termenung atas pokok ...bawah pokok....kecuali dalam pokok....tak juga dapat idea untuk mensetelkan masalah ini......mana nak tengok lembu...mana nak menoreh getah...mana nak buat blog...ayak!! Boleh pensan macam niii

" Jangan risaulah.....kalau tak ada indon kan kita boleh usaha sendiri....aku boleh bantu......" Kata sahabat yang sudi menawarkan bantuan.

" Mau aku tak risau...buah sawit tak potong lagi ni....pening -pening!! Camne ko kata tadi....ko ada dak indon ke". 

" Iskkk!! Apa plak indonnya...kita buat sendirilah brader....dah doploh taun kita kat felda ni....tak pa...aku boleh bantu ko ....aku potong ko angkat..." Wah!! Ini peluang baik yang diberi oleh sahabat baik...

Hari yang dijanjipun sampai...penulis dan sahabat tadi dah terpacak dengan sabit yang baru dibeli...kereta sorong yang juga baru dibeli....KAMI NAK POTONG BUAH DAN ANGKAT SENDIRI.......cewahhh!! 

Tanpa menghiraukan pekerja indon diladang sebelah, kami pun memulakan opes perandi mensabit pokok sawit dengan bangganya......

Sekejab sekejab penulis tengok jam.......sekejab sekejab penulis duduk...kemudian bangun...kemudian duduk.........tunggu punya tunggu sahabat baik itu CUBA MENURUNKAN SETANDAN BUAH sawit ibarat menunggu bulan jatuh keriba.....

Dari raut wajah sahabat itu penulis nampak....memang nampak dia bersusah payah nak menurunkan setandan buah...terpusing pusing dia mengalihkan sabit kerana asyik lekat pada pelepah......peluhnya DAH MACAM SIAP POTONG SEBARIS POKOK SAWIT......

" Meh aku cuba plak....." Penulis pula mencuba kerana dah mula bosan menanti buah YANG PERTAMA YANG AKAN MERASMIKAN KERETA SORONG BARU.....tidak juga jatuh ke bumi.......

Hampir 10 minit.....penulis senyum pada sahabat tadi yang sudah tersandar kepenatan....sambil geleng geleng kepala penulis berkata.....

" Esok kita cari jugalah budak indon potong buah ni..........aku rasa nak dapat setandan pun esok lum tentu siap....."

Itulah!! Tak semua kerja kita dapat dan mampu lakukan tanpa pengalaman dan kemahiran....nampak mudah dan laju saja buruh indon ni lakukan...tapi jika kita buat....belum tentu boleh....jika boleh pun AMBIL MASA!!

Cukuplah kita mampu meracun atau membaja saja tak pun menebas anak kayu.......Hahahahaha!! 



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.