-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 3 Mac 2013

-KANTOI - NAK MARAH ISTERI KE NAK GELAK ISTERI

PEMBACA

Kalau penulis katakan orang perempuan yang memandu kereta ni AGAK CUAI DAN TERLALU BERHATI HATI ada yang marah tak?? Jangan dimarah ......sebab kejadian ni benar benar berlaku.....


Sebut pasal TERLALU BERHATI HATI NI .....penulis pernah terserempak dengan satu kereta kancil yang berada didepan......waktu tu hujan TIDAK LEBAT cuma renyai renyai ....dari kereta penulis ...nampak WIPER kereta didepan tu bergerak AMAT LAJU macam hujan lebat sangat......oleh kerana penat nak mengekori ...penulis pun potong kereta itu dan sempat berpaling.......kelihatan pemandunya seorang WANITA SEDANG FOKUS pada pemanduannya bersama WIPER yang bergerak PALING LAJU....

Tapi bukan itu yang penulis nak cerita.....ini kisahnya.......Semalam selepas balik dari Ladang dalam pukul 5.30 petang...penulis bercadang nak rehat (Tidur) maklumlah malamnya penat dengan aktiviti dibilik gerakan....Baru aja nak terlelap triba triba

" Babaaaaaaaa!! Kereta ni ada bunyilah masa bergerakk...nape ekkk". Terdengar suara cemas sang isteri Puan Nur Huda .
" Kenapa pulakk!! Aik! kan kereta baru tuuu...tak sampai seminggu beliii..." Penulis pun cemas...terkenang isteri dan anak anak di tengah jalan.......
" Tak tau!! Nur dah berenti kat tepi ni....tengok kat enjin tak ada apa apapun....nape ekkk". 
" Bunyi kat mana? You dah check tayar ke apa ke".....Risau penulis dibuatnya....memang Exora tu baru dapat seminggu lepas...dah ada bunyi plakkk

" Dah tengok nampak biasa jeee....ok i cuba jalan lagiii....." Kata Isteri . Tak sampai 5 MINIT Puan Isteri telefon lagi.......mengadu masalah yang sama....Tanpa berfikir panjang dan mengenangkan hari dah semakin petang....penulis memandu kereta menuju ke tempat isteri terkandas tadi.......walau pun penat terpaksa.......

Sampai disitu....kelihatan anak anak sedang selamber bermain telefon masing masing...manakala Puan Isteri sedang mencekak pinggang di depan enjin....huh! lagak macam mekanik amaturr ajeee.

Terbelek belek lah penulis sambil diekori oleh isteri dan anak anak mencari PUNCA DATANGNYA bunyi ituuu....belek tayar...goyang tayar ...tengok plat nombor....periksa wiper...periksa semualah ....semua nampak macam ok.......penulis cuba pandu kereta tu.........AHH!! BUNYI LAGIII.......

AKHIR SEKALI......Jengok dan intailah dibawah kereta........HUH!! MAKA TERNAMPAKLAH SATU DAWAI yang TERSANGKUT DIBAWAHNYA.....melekat betul betul dekat bahagian enjin...............Bila kereta bergerak dawai tu terkena tar jalan...maka BUNYILAH IA......HUH!!! Inilah puncanyaaaaaaaaaa!!

Sambil tarik dawai yang mensebabkan TIDUR TAK LENA itu......penulis terdiam sebentar...NAK MARAH DAN SEDIH PUN ADA........

Teringat pula tak kala Puan isteri memandu kereta baru ni pertama kali......triba triba dia telefon lagi...waktu tu penulis dikebun......

" Baba!! Ada lampu dok kelip kelip nyala sebelah petunjuk meter minyak...ngapa ekkk......"

" LAMPU APA PLAK!! Signal kee".

" Ishhh!! Tak kanlah i tak kenal lampu signal...dia nyala klip klip macam signal lah jugak...warna merah...macam bentuk orang duduk....nape ekkk......."

"Nurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr Hudaaaaaaaaaaaa!!! Itu lampu untuk TALI PINGGANG LAH ...MEMANG LA lampu tu nyala kalau you tak pakai tali pingganggggggggg" 

Errr........kita NAK MARAH KE  KITA NAK GELAK waktu macam tu?? Ker salah kita tak beritahu Puan Isteri...........
PENAJA Artikel ....Sila Klik


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.