-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 17 Februari 2013

YANG PANAS DARI PEKAN KE JOHOR

PEMBACA

Rasanya semua pernah membaca dan melihat sejarah tentang jatuhnya satu satu pemerintahan .....yang salah satu punca UTAMANYA ialah menggunakan kekerasan kepada rakyat! .

Terkini ialah Rejim Basyar di Syria yang menggunakan kekerasan pada hak rakyatnya.....tunggu saja kejatuhannya......


Apabila dirujuk pada kenyataan diatas dan beberapa situasi kekerasan yang melibatkan UMNO ......penulis rasa malu dan pelik dengan cara dan gaya politik yang mereka gunakan sekarang! 

Apakah mengherdik, maki hamun, ugutan termasuk memukul  dan sebagainya dapat meningkatkan tahap sokongan ?? Fikirlah secara matang, umpama kita hendak mendidik anak.....

Biar anak tu HORMAT pada kita bukan takut pada kita,JIKA dia HORMAT dia SUSAH HATI nak lakukan sesuatu yang NAKAL dibelakang kita, tapi jika dia TAKUT...dia akan lakukan sesuatu yang nakal kerana kita tak nampak! itulah bezanya antara hormat dan takut.

Begitu juga dalam politik,  jika rakyat hormat ......mungkin peluang untuk mereka bersama kita AKAN SENTIASA ADA dalam memberi undi...tapi jika rakyat takut............hilanglah  undi kita...tak perlu lagi membuat propaganda jika pembangkang menang akan ujud huruhara dan malapetaka sebab IANYA BELUM TERBUKTI LAGI...yang terbukti ialah dibawah ini.....

DiPekan ,perbuatan menghalang mahasiswa menjalankan tugas mereka umpama MELETAKKAN PISAU DILEHER pemimpin UMNO Pekan...mungkin menular seluruh Pahang dan mungkin menjalar lagi keseluruh negara....

Segala berita dan video yang dirakam akan digunakan sebaik mungkin...apakah DENGAN KEKERASAN YANG DILAKUKAN DIPEKAN INI dapat menaikkan sokongan UMNO sekarang?? 

Apakah nanti pengundi kawasan Adun Pulau Manis akan MEMULAUKAN YB Khairudin kerana sudah TIDAK LAGI MANIS?? 


Teruskan lah UMNO dgn budaya membuli & samseng !!! Kalau itu dah jadi budaya parti itu...
Hari ini 15/02/2013 sekitar jam 3 petang tadi kumpulan Mahasiswa GM13 telah diganggu oleh Pemuda UMNO dilokasi bandar Pekan. Pemuda UMNO Pekan bersama dengan ahli mereka telah mengepung mahasiswa dan mendesak mereka untuk keluar dari Pekan serta-merta. Kekecohan juga berlaku apabila ada ahli PAS cuba menasihati kumpulan Pemuda UMNO ini supaya bertenang kerena kejadian ini berlaku ditengah bandar Pekan dan betul-betul di bawah Pejabat PAS Kawasan Pekan.

Dalam kekecohan tersebut ada ahli GM13 dikasari dan ditampar dan ada mahasiswa ditarik tudung. Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku didalam sebuah negara demokrasi dan berlaku pula di Parlimen Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.

Beberapa ahli PAS yang kebetulan berada disitu membantu mengiring Mahasiswa untuk kembali ke penginapan mereka di Kg. Rompin Lama dan diiringin sebuah kereta peronda Polis. Kumpulan Pemuda UMNO ini kemudian mengekori Mahasiswa ke penginapan mereka dan menunggu seolah-olah mendesak untuk Mahasiswa mesti keluar dari Pekan petang ini juga..

Berita lanjut akan dimaklumkan segera..



Mungkin juga berpunca dari sikap penyokong UMNO di Pekan memberi kesan pada pengundi di JOHOR yang sedang merisaukan MB GHANI melalui statistik yang dibincangkan ini??



PENAJA Artikel ....Sila Klik


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.