-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 17 Februari 2013

BENGONG!!!! DAPAT DUIT CARA CELAKA!!

PEMBACA

Ramai orang mencari rezeki melalui pelbagai cara seperti bekerja sendiri mahupun bekerja dengan orang dan jika boleh kita mahu rezeki kita itu dari sumber yang halal...tapi dalam kita berusaha mencari rezeki yang halal, ada juga mereka mereka mencari rezeki dengan cara paling celaka.......nak tau??

Celaka yang penulis maksudkan ialah REZEKI DARI KECELAKAAN ORANG DAN ADAKALANYA MELIBATKAN NYAWA .....dan memang wajar sumber rezeki ini kita gelarkan CELAKA! 

Mungkin anda pernah hadapi situasi situasi sebegini terutama yang selalu menggunakan jalan jalan raya seperti lebuh raya kecuali hari raya....

Sedang anda seronok memandu secara berhemah dan berhati hati...triba triba kereta anda tidak dapat dikawal........rupanya anda terlanggar minyak yang disimbah diatas jalan ! Tak lama selepas terbabas...muncul dengan cepat lori kren untuk membantu anda.....Celaka kan!!!

Triba triba tayar kereta anda pancit ditengah jalan .......bukan satu tapi dua.......sedang anda membelek tayar kereta, muncul lori kren untuk membantu anda ....Katanya " Ohh!! Kawasan sini memang banyak orang letak paku bang...tak pun tayar kereta abang kena toreh masa berenti makan di R& R tadi......." Baik saja ayat pemandu lori kren ni tanpa anda sedar DIALAH CELAKA yang sedang menyentap rezeki anda.

Dari dua situasi diatas, bukan bermakna penulis anti lori kren atau trak tunda, TIDAK SAMA SEKALI .......tetapi MEMANG ADA syarikat lori kren yang menggunakan tektik diatas UNTUK MENGAUT REZEKI .....Fakta ini disokong dengan logik kita berfikir begini....
"Apabila kita terkandas dijalan raya samada disebabkan kerosakan atau kemalangan, kita akan menanti lebih dari 10 minit untuk mendapatkan bantuan samada kren atau rakan...tapi dalam situasi diatas, tak sampai 5 minit triba triba lori kren sudah berenti dibelakang kereta anda......Macam mana dia tahu?? 

Kalau dikatakan KEBETULAN LORI KREN TU lalu ditempat anda terkandas .....cuba lihat petikan ayat ni .....

" Tak apalah... i dah panggil kawan i tolong tarik......"

" LORI KREN TEMPAT LAIN MANA BOLEH MASUK KAWASAN SINI BANG....SALAH TU...SAYA SAJA BOLEH TARIK KERETA ABANG NI......." 

Atau

" Salah bang tarik pakai kereta....lagi BAHAYA!! Tak apalah, saya letak murah saja tarik kereta abang niiiiiiii..."

Ataupun...

"Nak tunggu kren PLUS lambat banggg....lagipun caj mereka lagi mahal...."

Dari alasan mereka itulah KITA DAPAT MENGANGAK SESUATU! ......

NAMUN Dalam situasi TERDESAK BEGITU ......Kita sering terDESAK untuk setuJU!! 

Camne nak atasi masalah iniii?? 

PENAJA Artikel ....Sila Klik


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.