-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 26 Februari 2013

PIZZA DAN KEBUN GETAH

PEMBACA


'Wah.. Cuaca elok harini! Dah pukul 11 rupanya... Aku kena cepat ni.. Karang tak sempat nak collect getah-getah ni... Takut ujan turun...' Arman mengomel sendirian sambil berdirian...


Sedang Arman leka mengutip getah-getahnya... Triba-triba beliau disapa oleh seseorang....

'Assalamualaikum abang... Tumpang tanya sikit...'

'OmaKngaii...! Terkezut aku haihh!' Arman betul-betul terkejut.. Sebab setahu beliau,, tiada sesapa pun diladang getah ni, melainkan beliau dan sahabat beliau Wak Kudin...

'Err..err... Abang yang order pizza ni kan? Nama abang Arman kan? Kan kan kan?' budak pizza itu cuba meneka-neka sambil menekan-nekan tapak kakinya untuk membunuh semut api...

'Engko gile ke haper? Takkan aku yang noreh ni nak oder pizza...' Arman kebingungan.. Macamane budak pizza ni boleh tahu nama dia ek?

'Jangan main-main bang... Saya datang dari jauh nih ni bang...' rayu budak pizza tu... 

Berpeluh-peluh dia.. Almaklumlah.. Nak masuk kekebun getah ni pun bukan dekat-dekat... Nak carik alamat memang lah tak de...

'Kah kah kah.... Adolaaaa tak penah dibuat orang dik ooiii... Pergi noreh order pizza... Miahahahaha...' gelihati sesangat Arman bila tengok muka budak pizza tu...

TRIBA TRIBA.....

'OOooii!! Sini la... Aku yang order tadi.. Aku guna handphone dia sebab bateri handphone aku dah kong... Dia tu tekak kampung, mana tau makan pizza...' Wak Kudin menjerit sambil melambai-lambaikan tangannya pada budak pizza...

Sambil terkedek-kedek berlari dan menoleh tepat kepada Arman.. Budak pizza tu berkata... 'Zaman dah berubah bang... Orang menoreh pun boleh order pizza tau!!'

'Fuyiooooo!' Arman melopong...
+Editor Nur Camelia Huda 

PENAJA Artikel ....Sila Klik


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.