-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 26 Februari 2013

KEREKTERR DALAM MEETING

PEMBACA



Bagi orang yang biasa bermeeting macam saya... Musti dah biasa tengok beberapa gelagat ahli-ahli meeting. Kadang-kadang meeting bertukar jadi 'fighting' sebab masing-masing nak pertahankan hak dan suara. Bagi yang tak biasa join meeting, kat sini ada disenaraikan beberapa kerekter yang agak kerek yang ada bila bermeeting..




(1) DIKTATOR
Kerekter ni kalau ada masa meeting asyik dia je nak bercakap.. Lepas dia.. dia.. Lepas dia.. dia. Kita pulok terpaksa bersetuju untuk mengelakkan pergaduhan. Kalau kita nak bagi idea lain, dialah orang pertama yang akan bangkang.. Orang cenggini elok ajak meeting dengan singa je...

-PEGAWAI PENYIASAT
Yang ni pulok asyik nak carik kesalahan orang. Apa je agenda yang bermasalah dia akan sedaya upaya mencarik orang untuk disalahkan. Kalau dia yang buat salah pun dia akan memutarbelitkan supaya kesalahan itu kena pada orang lain. Orang cenggini memang cepat naik pangkat..

-PENGANTIN
Selalunya pengantin akan kaver segala tingkah laku yang buruk kan kan kan? Sama macam dalam meeting, pasti ada kerekter yang cuba-cuba nak kaver cun mahupun bersikap penyegan yang melampau. Sikit pun tak bagi idea yang boleh membantu..

-AHLI POLITIK
Karekter ni suka bagi idea yang boleh diterima tapi lebih banyak idea yang tak boleh digunapakai langsung. Lagi satu dia hanya mampu bagi idea je tapi bila disuruh buat, macam-macam alasan yang diberi... Ahli politik le katakan.... Kan kan?

-PEMIKIR
Karekter yang sangat relaks dan tenang lagi santai... Apa yang jadi disekelilingnya, dia tetap dengan dunia dia aje.. Tak boleh pakai karekter cenggini sebab yang dia tau... Lepas meeting musti ada makan-makan. Lantak la orang lain nak bergaduh ke haper dalam meeting tu, janji dia dapat makan...


PENAJA Artikel ....Sila Klik


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.