-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 7 Februari 2013

NAYA!! LEBAI MANSUR TERCABUT KOPIAH DI KL

PEMBACA

Rasanya sudah hampir 10 tahun Lebai Mansur meninggalkan bandaraya Kuala Lumpur dan menetap di Taman Sri Skudai Jb. Hatinya melonjak gembira bila mendapat undangan bagi meraikan majlis perkahwinan anak saudaranya diKL. 

Kali ini keinginannya begitu melonjak...seakan tak sabar untuk melihat dan mengimbas kembali zaman remaja Lebai Mansur yang  separuhnya hidupnya bermula di kota kebanggaan negara kita itu.Dia bercadang untuk berjalan jalan disekitar Kuala Lumpur selepas selesai majlis perkahwinan itu nanti....

Sebagai seorang bekas pejuang dan yang penuh dengan semangat kemelayuan pastilah dia ingin abdikan kenangan berada di Kuala Lumpur sementara hayatnya masih ada. Dia ingin berkongsi pengalaman berada di Kuala Lumpur nanti dengan teman teman sekopinya....betapa perlunya kita berbangga dengan kemajuan yang dibawa oleh anak bangsa kita sendiri di Kuala Lumpur...

Sengaja dia menyimpan rambut dan misai panjang yang tidak dicukur walau ditegur oleh isterinya...niatnya nak gunting rambut di Kuala Lumpur...di Kedai Gunting Rambut  Maniam...Lebai Mansur rindu pada Maniam...Rindu pada urut kepala selepas bergunting kerana cuma Maniam saja yang pandai buat begitu...apakah kabar Maniam sekarang?? 

Selesai majlis perkahwinan,esoknya bertolak  dari rumah anak saudaranya dia memandu sendiri seorang diri  menuju ke jalan Silang di Kuala Lumpur, awalnya niatnya dibantah oleh saudara mara kerana takut tersesat, tapi LEBAI Mansur berkata"KL ni tempat basuh berak aku laaa...tau mana lorong nak cariii..." semua saudara mara termasuk isterinya diam. 

Ahhh!! Lebai Mansur seakan pening bila berada di Jalan Silang...matanya jadi bersilang silang melihat keadaan disitu....lebai Mansur gagahkan diri mencari Jalan Hang Lekiu kerana dijalan itulah terdapatnya deretan bangunan kedai GUNTING Rambut Maniam.......

Tapi Lebai Mansur seakan terpukau...triba triba Lebai Mansur seolah olah berada dalam negara Bangladesh...Jalan ke depan lagi seolah olah berada dalam negera Nepal...depan lagi dalam negera Myammar...Lebai Mansur toleh kiri dan kanan...mana wajah melayu? Mana wajah Cina ? India ? Mana wajah ANAK MALAYSIA Arhhhh!!! 

Mana aku niii.......Lebai Mansur merungut sambil CABUT KOPIAH DIKEPALANYA mencari jalan pulang.....Lebai Mansur SESAT!! SESAT DIKUALA LUMPUR.......SESAT DALAM NEGARA SENDIRI .......semuanya sudah berubah.......








APA SUDAH JADI KL SEKARANG?? FIKIRLAH SAMBIL LAYAN LAGU PENUH BERMAKNA INI..... 

PENAJA Artikel ....Sila Klik



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.