-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 18 Februari 2013

HABIS SATU JEMAAH DIBUATNYA.......

PEMBACA


Seperti biasa selesai saja memasak saya akan menunaikan solat isyak dan kemudian saya akan duduk bertakafur sekejab diatas sejadah mengaji AlQuran... Suami dan anak-anak seperti biasa akan berjemaah di surau..

Selesai saja saya mengaji.. Saya terus ke dapur untuk menyediakan makan malam.. Triba-triba suami pulang kerumah dengan muka yang agak merah walaupun tak nampak merah..



'Nas kenapa dengan baba tu?' Saya bertanya pada anak yang pertama.. Saya lihat Aniq duduk diam saje di sofa.. Selalunya mulut dia yang kecoh berceloteh... Hairan bin ajaib!

'Takde bu, tadi masa kat surau..masa tengah rukuk, Aniq, dia betulkan kain pelekat tok imam yang terselit kat celah punggung dia.. Tapi baba yang tengah solat tu jeling kat Aniq... Hehehe' Anas tak dapat meneruskan ceritanya... Dia gelak sambil menekan-nekan perutnya...

'Huh! Kelakor sangat lah tu... Lepas tu apa Nas!' saya dah tak sabar nak dengar cerita ni..

Saya nampk suami duduk diam di depan TV dan Aniq duduk bersila didepan babanya.. Masing-masing monyok semacam je...

'Hehehehh.. Lepas adik nampak baba jeling kat dia... Apa lagi... Dia takut le... Ibu nak tahu apa yang adik buat??' eh! Dia tanya kita pulok...

'Cepatlah! Ibu malas nak pikir doh ni...' Saya semakin menunjukkan ketidaksabaran saya...

'Dah cenggitu, adik pun terus masukkan semula kain pelekat tu kat celah punggung tok imam tadi... Apa lagi melatah le tok imam tu...hahahaha...!' Anas dah tak dapat menahan gelihatinya lagi....

'Laaaaaa... Habis tu?'

'Habisssss, satu jemaah batal solat.. Semua kena solat semula... Hehe.. Ibu tengok tu merah lagi muka baba... Menahan malu dan geram...Hehe...'

'Alahai... Anak bertuah!!'
+eDITOR Camelia Huda 

PENAJA Artikel ....Sila Klik


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.