-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 18 Februari 2013

ADAPTASI KOLEKSI LAWAK SI CEMPEDAK

PEMBACA


'Aiseymennnn! Hilang lagi buah aku!!' Leman sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri cempedak dikebunnya...

Oleh kerana terlalu geram, dia terpaksa mencari idea supaya budak-budak nakal ni tak mencuri lagi...



Keesokkan harinya... Terlihat ditengah-tengah kebunnya sebuah papan tanda yang besar bertulis...

'AWAS.. SATU DARI CEMPEDAK-CEMPEDAK INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN TENGKORAK'

Esoknya Leman telah kekebunnya... Dia puas hati sebab cempedak-cempedaknya tidak dicuri lagi... 'Ni lagi seminggu ni dah boleh petik ni...' kata Leman sambil membelek-belek buahnya...eh! Buah cempedaknya...

Seminggu selepas itu.. Leman pergilah kekebunnya dengan tujuan untuk memetik buah-buah cempedaknya.. Nak jual dipasar... 'Huihh! Kayo pokcik harini...hehehe!'

TAPI... beliau amatlah terkejut beruk.. Walaupun tak ada beruk pun disitu...! Memang jelas dan sahih lah cempedak-cempedaknya hilang... Yang paling buat dia sangat sangat terkejut apabila ada lagi satu papan tanda yang baru bertulis...

'SEKARANG ADA EMPAT CEMPEDAK YANG DISUNTIK RACUN'

'Eh pulok!! Punoh... Punoh....!'

Kesian Leman...

PENAJA Artikel ....Sila Klik


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.