-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 15 Februari 2013

BERITA SULIT EDISI LOGHAT NEGERI

PEMBACA

Keindahan bahasa loghat negeri haruslah kita kekalkan kerana itulah bukti identiti Melayu yang masih kita ada dan budayanya biar kekal abadi.

Jom kita cuba ubah berita ikut loghat negeri ....
INI BERITA SALURAN NASIONAL.

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Sebanyak lima pasangan kekasih dicekup dalam `Ops Hari Valentine oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas kesalahan berkhalwat dalam serbuan di lapan buah hotel bajet sekitar ibu negara awal pagi ini.
Pegawai Perhubungan Awam Kanan Jawi, Tuan Asmawi Tuan Omar berkata, kesemua lelaki dan pasangan berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan dalam operasi bermula pukul 12 tengah malam hingga 3.30 pagi.
Katanya, dalam operasi disertai oleh 60 anggota daripada cawangan penguatkuasaan itu, Jawi mengeluarkan surat perintah hadir ke ibu pejabat Jawi kepada sembilan individu termasuk dua wanita atas kesalahan bersubahat meminum minuman keras, berkhalwat serta berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Ini Berita SALURAN NEGERI PAHANG ( Sumber klik sini )

TERANG SELIT LOGHAT PAHANG
KOLUMPO 14 Feb - Seramei 5 pasangan kekasih teloh dicekuk dhalam hoperasi " Opps Belentin" oleh Jabatan Agama Islam Wilayoh atas kesalohan berkhalawt dalam serbuan hotel bajek sekitor ibu negare mhlam tadi, semer nye hok jantan ngn omtine berumor sekitor 20 tahun dan hok paling gangyot umor 50 tahun..hoperasi setat pukol 12 abih pukol 3.30 pagi, Hoperasi itu melibatkan 60 urang dan Pihak JAWI teloh mengeluorkan surat perintoh hadir ke JAWI kepada sembilan indibidu termasuk 2 urang omtine hok subahat atas kesalohan mabuk, ketoyong dan perangai tak semengoh di depan urang ........... :a


NI BERITA SALURAN NEGERI TRENGGANU - PEMBACA BERITANYA KLIK SINI 

Ena Mareyna Kuale lupo-5 pasang kassih kena igak dok starang dalang 'ops hari kassih' di Jabatang Agame Islang Wilayah Persekutuang(Jawi)sebab wak maksiak dalang serbuang di 8 utir hotel bajek di kawasang ibu negare awal pagi ning.)Pegawa Perhubungang Awang Kanang Jawi,Tuang Asmawi Tuang Omar kabo laki dang pasangang hak umor 20 sapa 50 tahung tu orr kena tahang dalang operasi mule pukul 12 tengoh malang sapa 3.30 pagi.dia kabo,dalang operasi disertai orang cawangang kuatkuasa tu,Jawi wak keluor surak suruh gi ke ibu jabak Jawi ke 9 orang termasuk 2 orang puang sebab dia subahak minung minumang kerah(arok arr),wak maksiat nge peel peranga dok juruh depang orang rama.

Ini Berita SALURAN NEGERI SEMBILAN-PENYAMPAI BERITA NYA KLIK SINI


 Kolumpo 14 Feb.. ekau nak tau eh jang/dagho ado lah soghamai limo (5) pasangan kokaseh dah di cokap eh kek Jabatan Ugamo Islam Wilayah dalam oporesen yg dinamoan "operasi belentine" ateh kosalahan duduk berduo duo an lam golap maso dibuek soghobuan kek hotel bajet kek sekita ibu nogagho malam tadi...Kosodo eh jantan dan botino pasangan eh boghumo antagho duo puluh (20) hinggo yg tuo bangko boghumo dah limo puluh (50) tu ditahan lam operesen yg bomulo pukul duo boleh tongah malam hinggo tigo sotongah pagi. Operesen tu nak tau eh ekau ado lobih kughang onam puluh (60) oghang penguek kuaso yg ambik bagian...Jawi dah ngolua an sughat aghahan supayo muncul kek ibu Pejabek Jawi kek sombilan oghang tomasuk duo botino ateh kosalahan mominam minaman kogheh, berduo duo an lam bilik dan buek peghangai ontah apo2 yg tak elok bona kek dopan oghang ramai...apo ko bondo eh jang...hahaha. tu lah kisah yg den nak koba an kek kau jang dan dagho somo eh yg ado kek sini haaa..... mokaseh..

Saluran Negeri lain?? Cer cuba.........

PENAJA Artikel ....Sila Klik


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.