-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 5 Januari 2013

KISAH PAK MAT BAWA TELUR EPISOD TERBALIK!

PEMBACA

Nak faham cerita ni, anda perlu baca yang ini dulu.........(Klik sini )


Motor Pak Mat rosak lagiii...Pak Mat susah hati dengan keadaan motornya yang asyik rosak, nak dibuang dia sayangkan kosyen dan ekzosnya yang antik itu.



Ultramen yang sedang bersenam pagi itu terlihat Pak Mat yang asyik menung ditepi motornya, Ultramen pun  dengan suka rela membantu menyelesaikan masalah Pak Mat kerana Ultramen mahu jadi jiran yang baik dan prihatin



Dengan meminjam motor Ultramen,bergeraklah Pak Mat membawa telur telurnya untuk diagihkan pada pelanggan pelanggan terutama kedai kedai makan.



Hati Pak Mat jadi panas dan rasa mahu saja dia baling telur telur nya kearah pemandu pemandu disimpang jalan yang sesukahati membuat jem secara berjemaah. Tapi mengenangkan hutang motornya belum habis bayar dan dia perlu cepat, Pak Mat mencilok saja diantara kenderaan yang dalam keadaan jem ini.



Oleh kerana sudah kesuntukan masa dan waktu, Pak Mat menggunakan jalan Short Cut supaya cepat sampai..tapi Pak Mat kena hati hati bila melalui kawasan ini kerana banyak SISA BUANGAN ORANG berterabur diatas jalan...HUH! Kalau tidak tak kan keluar notis amaran camni kalau orang tak membuang sesuka hati cenggini...bisik Pak Mat sambil elak takut TERKENA seketul dua...


Sesampai dikedai pelanggan pertamanya, Pak Mat sekali lagi angin satu ketiak...masakan tidak kedai pelanggannya ini tutup dan tidak dibuka hari niii...HUH! Dah la seksa hari ni...motor wat hal! Jalan jem! Penat nak elak taik!! ...Susah payah aku sampai tutup Pulokkkkkkkkk!! 



Di kedai makan pelanggan terakhirnya ini, Pak Mat telah dimarahi kerana lewat hantar telur...Pak Mat malas nak memberi alasan dan melawan cakap tokey kedai @ pelanggannya ini kerana Pak Mat sudah Insaf tidak mahu marah marah tak tentu pasal......



Semoga boleh terhibur........!!

Photobucket
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.