-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 13 Januari 2013

ISU BAKAR KENDERAAN JPJ SIAPA YANG KANTOI?

PEMBACA


Memang gempar dan agak mengejutkan juga apabila kenderaan JPJ diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai dalam 2 hari lepas. Memang banyak berita dan versi disebalik kejadian tersebut. 

Ada yang mengatakan kemalangan ini DISEBABKAN OLEH KENDERAAN JPJ, tetapi "Kenderaan JPJ" pula mendakwa  disebabkan lori yang melanggarnya.


Beberapa orang telah ditahan dan Persatuan JPJ pula telah mengutuk keras kejadian bakar yang julung julung kali pernah diadakan dan disaksikan ditengah jalan ...Ok...Kita imbas kembali berita yang kita baca dalam mana mana ulasan tentang kejadian tersebut.

Sebelum itu bukan penulis nak menyebelahi mana mana pihak. tetapi penulis sendiri mengalami kejadian yang menyakitkan hati apabila melibatkan penguasa undang undang yang sepatutnya mematuhi undang undang tetapi disebabkan mereka ada kuasa, MEREKA LANGGAR UNDANG UNDANG YANG MEREKA BAWA SENDIRI...

Kisahnya begini......Satu petang....penulis dalam perjalanan pulang ...keadaan jalan waktu itu agak lengang..sampai di kaki bukit ...didepan penulis sebuah kenderaan MAHASIPUT iaitu BECKHO..terkedek kedek Beckho itu menaiki bukit yang tidaklah setinggi mana. Penulis yang mengekori dibelakang was was..hendak dipotong diatas JALUR LEBAR( Double line) .....jadi ikut sajalah walau laluan didepan memang kosong dan layak untuk dipotong saja bekcho tersebut.....adalah lebih kurang 3 minit mengekori bekcho itu dari belakang, triba triba muncul kenderaan JPJ yang datang dari arah belakang...dengan selambeee kenderaan JPJ itu terus memotong kereta penulis dan beckho tersebut diatas garisan Jalur Lebar (Double line) ...terkedu penulis melihat aksi kenderaan JPJ tersebut...terussss kenderaan JPJ menjarakkan diri meninggalkan penulis yang masih was was lagi hendak memotong atau tidak!! 

Memang diakui tak semua JPJ bersikap demikian, hatta penulis pun ada ramai kawan dikalangan JPJ tetapi disebabkan sikap segelintir inilah rosak habis semua imej JPJ ....

Ok berbalik pada isu tadi...Kabarnya orang ramai mendakwa Kenderaan JPJ cuba memintas lori yang membawa lebih muatan...Da yang mendakwa kereta peronda JPJ itu cuba menghalang lori tersebut(Semua laporan ini anda boleh rujuk dimana mana media) ..Apa yang pelik ialah

-BOLEHKAH TINDAKAN SEPERTI INI DILAKUKAN OLEH JPJ?? Bukankah untuk menahan lori perlu ada notis amaran seperti Kon kon yang diletakkan ditengah jalan? Mesti anda ada melihat deretan lori akan melepak ditepi jalan bila ada sekatan jalan oleh JPJ kan! Jika berdasarkan laporan diatas, lori lori yang berderetan ditepi jalan juga boleh disaman kalau begini caranya ....JPJ nampak ada lori yang mencurigakan terus kejar, blok dan tahan tanpa pedulikan kenderaan lain yang berada dibelakang... ITULAH YANG PENULIS FAHAM DARI LAPORAN MEDIA...

Alasan kedua pula bila kereta peronda mendakwa dilanggar lori ..kita andaikan kita pemandu lori yang membawa lebih muatan, didepan kita tiba triba ada kereta peronda JPJ...adakah kita akan terus memandu dan langgar kereta JPJ itu?? 

Tapi itulah ,penulis bukan hendak memanjangkan isu yang masih dalam siasatan, banyak orang banyak pendapat dan cuma mereka yang berada ditempat kejadian yang faham dan tahu...kita tak boleh bergantung pada satu saja fakta sebab nanti jadi AUTA..Mungkin orang lain pendapatnya tak sama dengan penulis...cuma yang menjadi pelik sekarang ni...KESALAHAN BESAR IALAH ORANG YANG MEMBAKAR KERETA PERONDA JPJ ......Punca nya?? Entah laaa.....


VIDEO 1



Photobucket
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.