-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 13 Januari 2013

GAMBAR YANG KANTOIKAN MUHYIDDIN YASSIN

PEMBACA

Sesekali kita kena  melihat secara realiti apa yang sebenarnya berlaku kita supaya kita tidak akan terkeliru apabila melihat, mendengar dan membaca dari sebelah pihak. Bukan berniat untuk menghampakan mana mana pihak,. tetapi inilah realiti yang berlaku.

Kita rujuk dulu kenyataan dan amaran dari Timbalan Perdana Menteri yang sumbernya disini...... ( Klik Sini )  dan berita ini bukan berita berunsur fitnah kerana diambil dan dipetik dari sumber media mereka sendiri......

Petikan kata katanya adalah .........

BENTONG 12 Jan. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak ada sebab untuk rakyat terpengaruh dengan hasutan pembangkang supaya menukar kerajaan kerana Barisan Nasional (BN) terbukti berjaya membawa keamanan dan kemakmuran yang melimpah ruah kepada Malaysia.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, malah sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kerajaan, Perdana Menteri telah berjaya mentadbir negara menjadi lebih makmur menerusi pelbagai agenda transformasi sehingga pelbagai nikmat diperoleh rakyat.

"Kereta api sudah berada di landasan yang tepat untuk menuju negara maju dengan Perdana Menteri selaku pemandunya, kami anggota Kabinet membantu beliau.
"Jadi kalau sudah ada atas landasan yang tepat buat apa kita nak bagi kereta api itu tergelincir. Nanti yang akan rugi, rakyat dan negara juga," katanya ketika berucap dalam Majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran Karak Setia dekat sini hari ini.
Majlis yang menarik kehadiran lebih 20,000 penduduk itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas.

Majlis itu adalah program terakhir Timbalan Perdana Menteri sempena lawatan kerja beliau selama dua hari ke Pahang bermula di Kuantan semalam.



Tambah Muhyiddin, kepimpinan kerajaan juga akan terus mendekati rakyat bagi meyakinkan semua pihak bahawa perjuangan BN adalah diredai Allah.



Katanya, kejayaan membawa kemakmuran dan keamanan sehingga peluang pekerjaan melimpah ruah dan lain-lain lagi nikmat itu juga menepati apa yang disebut dalam al-Quran sebagai Baldatun Taiyyibatun Wa Rabbun Ghafur (negara yang baik dan diampuni Tuhan).

"Buat apa kita nak ubah keadaan ini. Di Asia Barat ada Arab Spring, mereka (pembangkang) pun sibuk kata di sini akan kena. Tapi saya nak kata, ia tak akan berlaku kerana negara kita sentiasa makmur.
"Di negara terbabit rakyat keluar berarak di jalan sebab perut kosong, kerja tak ada. Sebab itu nak hasut rakyat berarak suruh kerajaan turun di sini nak buat apa, mungkin sebab dalam kepala (pembangkang) nampak Putrajaya saja," jelasnya.
Tegas Muhyiddin, hasutan pembangkang kononnya negara akan bankrap di bawah BN juga boleh dinilai oleh semua pihak berdasarkan prestasi ekonomi Malaysia yang kekal baik di saat ekonomi global masih tidak menentu.
"Saya nak tanya kita bankrap ka? Bukan setakat itu, ekonomi kita berkembang sedangkan negara maju lain termasuk Amerika Syarikat dan Britain terkial-kial.
"Malah negara Sepanyol dan Greece yang mempunyai tamadun ribuan tahun juga kini hampir bankrap tetapi kita di sini peluang pekerjaan banyak sekali," ujarnya.



Sepintas lalu kalau kita baca memang kita akan faham ,nikmat dan hikmat yang telah kita kecapi selama ini.......Tetapi apabila melihat gambar dibawah ini.....adakah ini NIKMAT YANG DIMAKSUDKAN?? 

Sanggup berasak asak dan tolak menolak demi beras! Gambaran seumpama ini selalunya kita lihat di negara lain, dinegara yang kekurangan bekalan makanan ...kekurangan pekerjaan...dinegara yang bersengketa, bunuh membunuh ......dan BUKAN DALAM NEGARA KITA yang penuh nikmat.......






Photobucket
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.