-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 21 Januari 2013

HATI SEORANG EMAK........

PEMBACA


Jika kita sedar apa yg kita lakukan pasti takkan buat kesilapan. Namun kesilapan kita ialah kita selalu buat kesalahan tanpa kita sedar sebab kita tak mahu sedar dan kita langsung taknak ambil tahu. Tapi apa gunanya kalau dah terantuk baru nak tengadah kan kan..

Saya termenung jauh bila balik dari klinik tadi, klinik kerajaan... dah lama betul tak pergi klinik kerajaan dah banyak perubahan dan kemudahan dan keadaan klinik sangat selesa.. Tak macam dulu dah... Tapi saya bukan nak ceritakan tentang klinik kerajaan.

Semasa menunggu giliran untuk buat check-up (biasanya saya buat di klinik swasta, tapi kali ini saya cuba diklinik kerajaan setelah dinasihatkan oleh beberapa org sahabat), tapi biasalah dah nama klinik kerajaan.. Jenuh lah menunggu... Sebelah saya ada seorang makcik menangis, taklah tua sangat. Difikiran saya tentu makcik ni sakit tengah tunggu giliran juga.

Lain telahan saya, makcik tu tiba-tiba bangun mendapatkan seorang gadis yang baru keluar dari bilik rawatan. Mungkin dia ambil imunisasi yang diwajibkan kerajaan agaknya..

Sekali lagi telahan saya meleset bila saya pasang telinga.
'Aku menatang kau seperti minyak yang penuh, aku bagi kau didikan agama, cukup! Semua cukup tapi kau conteng arang kemuka aku! Mana aku nak letak muka! Apa aku nak jawab diakhirat nanti? Kau memang tak mengenang budi. Kau tu baru lima belas tahun tapi dah mengandung anak luar nikah!' makcik tu benar-benar marah..

Saya tergamam mendengar ayat terakhir makcik tu. Saya pandang wajah anak gadis itu, dia cuma menundukkan kepalanya seperti rela dimarahi. Wajah yang pucat menunjukkan dia juga tak ingin apa yang terjadi.. Kalau saya yang mendengar dah tergamam, inikan pula ibunya yang membesarkannya... Hancur luluh hati ibu...

'Makcik, sabar makcik. Benda dah nak jadi dah. Makcik bising-bising, marah-marah dia pun dah tak guna. Satu klinik ni akan tahu.. Kita akan buat rawatan susulan, makcik kena bawak dia pergi hospital dan kepejabat kebajikan masyarakat kat hospital. Sabar makcik.' pujuk jururawat disitu.

'Macamana aku nak sabar, dapat anak cenggini. Entah dia dengan jantan mana. Aku mati-mati ingat dia ada kelas tambahan, lain pulok masalah tambahan dia bawak kat aku..' makcik terduduk.

'Mak!! Dahlah. Orang tahu orang salah. Orang mintak maaf. Mak! Orang ada mak je. Lepas ni orang janji dengar cakap mak. Mak maafkan orang..' akhirnya gadis itu bersuara.

Ibunya memandang wajah anaknya. Dia tampar- tampar muka anaknya, kemudian dia memeluk anak gadisnya..

Sayu...
Saya memang tergamam dan terdiam....
                 Editor  Mysury  Nur



Photobucket
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.