-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 4 Januari 2013

DISEBALIKNYA KITA TIDAK AKAN TERBALIK

PEMBACA

Kebun dan ladang ibarat  rumah ke dua  saya selepas mengambil keputusan untuk berhenti dari menjalankan perniagaan. Memang banyak masa dan keringat saya dicurahkan pada kedua tempat tersebut. Pagi saya menoreh dikebun,manakala petang saya melihat ladang sawit sambil menjaga lembu sekandang, begitulah rutin seharian saya setakat ini. Dan  dugaan menimpa yang lebih kurang begini ......
 Peristiwa ni terjadi seminggu lepas,  takkala  Allah turunkan hujan selama hampir 2 bulan dibumi Rompin ini, keadaan ladang dan kebun amatlah semak dan sesak mata memandang . Saya mengambil keputusan untuk meracun sendiri ladang dan kebun ..tetapi kerana kesuntukan masa ,saya mengambil keputusan untuk meracun ladang terlebih dahulu kerana di Kebun ..jika saya tidak larat,saya boleh minta 3 pekerja saya laksanakan. 
Hari pertama meracun ladang memang memenatkan ditambah pula dengan kegedilan untuk membeli pam racun baru( Biasalah...kata orang selagi boleh guna...kita guna). Hampir sengal sengel segala otot kerana ladang saya ada kawasan berbukit. Hari ke dua dan ketiga kepenatan dan kesakitan tidak dirasakan sangat kerana "alah bisa tegal dan bedal sajalah" kata orang...

Masuk hari ke empat..keadaan Pam racun saya makin teruk. Air yang meleleh ditempat alat mengepam dah makin membesar, setiap kali meracun, setiap kali juga seluar dan baju saya akan basah dipenuhi racun akibat kebocoran tersebut.  Ini tidak melemahkan semangat kerana cuma tinggal beberapa saja lorong lagi akan dapat disiapkan. Setelah siap, saya pun pulang kerumah dalam keadaan basah kuyup..Sampai dirumah , kerana racun dalam pam ada separuh lagi..saya mengambil keputusan untuk meracun pula dkawasan rumah yang juga SAUJANA mata memandang akibat suburnya rumput disirami hujan.  Belum sempat siap meracun dikawasan rumah, pekerja Indon saya telefon beritahu ada lembu yang tidak pulang ke kandang...

Waktu dah hampir magrib! Saya bergegas semula ke ladang untuk menyelesaikan masalah tadi...baju yang awalnya basah disebabkan kebocoran racun kini telah kering kerana hampir 9 malam baru saya sampai kerumah semula.

Setelah siap mandi,solat dan sebagainya..Triba triba terasa gatal yang amat gatal disekitar kelangkang...ingatkan ini masalah biasa..dibiarkan pada hari esoknya dan menjalankan tugas menoreh disebelah pagi walau gatal gatal masih terasa. Petang ituu ...terjadilah luka akibat digaru kerana gatal...dan ianya amat memudaratkan hingga menyebabkan saya tidak dapat melakukan sebarang kerja selama hampir 2 minggu. Luka dibahagian kelangkang makin hari makin memedihkan hingga nak bergerakkan menjadi satu beban...Ahh!! Pelbagai ubat dan teknik digunakan untuk menyembuhkan luka tersebut .....

Dalam usaha merawat luka dan cuti tanpa gaji itulah saya dikejutkan dengan berita rompakan pada tokey getah didalam kebun jiran. Berita ini amat menyedihkan kerana ramai yang cedera termasuk pekebun dan pekerja ladang. Walau tiada kematian tetapi kejadian ini menyedarkan saya kerana DALAM TEMPOH BERCUTI itu saya selalu bertanya APA PULA BALASAN DAN DOSA ALLAH HINGGA MENYEBABKAN SAYA DIBERI SAKIT BEGINI HINGGA TIDAK DAPAT BEKERJA..sedangkan waktu inilah duit diperlukan untuk sesi KEMBALI kesekolah. 

Rupanya ada rahsia Allah hendak tunjukkan,selain pentingnya kita utamakan keselamatan semasa bekerja...jika pokokpun boleh mati disebabkan racun apatah lagi kulit kita...... Paling utama hikmah Allah, jika saya tidak sakit kemungkinan saya juga akan terlibat dalam rompakan bersenjata tersebut dan kemungkinan saya juga akan boleh menjadi korban dalam kejadian itu ......BIJAKNYA ALLAH MERANCANG! 


Photobucket 
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.