-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 11 Disember 2012

Siri1 -SENANG TAPI SUSAH ...........Camner tuu?

PEMBACA


'Bestnya kalau aku kaya macam Bill Gates' kata Tayop.. (Bukan Yusof Tayop.. Nama dia Tayop je dan xde kena mengena dengan Yusof Tayop mahupun tokeh tayor... Err.. Dah jauh terpesong nih...)

'Haishhh! Gila melampau angan-angan kau ni Yop' kawan sepenorehnya, Leman menjawab.

'Ni bukan angan-angan la.. Ni cita-cita.. Dia dalam bidang komputer, aku pulok buat la bidang aku sendiri' Tayop menjawab sambil menggulung-gulungkan kain pelekatnya sambil mengira hujan yang turun...

'Contohnya???' tanya Leman tak faham..

'Contohnya.. Errr... Emmm.. Contohnya.. Emm.. Ntahla! Aku takde bidang la pulok!' rungut Tayop

'Tula kau berangan je taunya.. Bidang kemahiran kau sendiri pun kau tak tahu... Yang aku nampak kau ni mahir dalam bidang penorehan getah. Jadi apa susahnya, kau pulun jelah menoreh getah tu sampai jadi jutawan..' nasihat Leman dengan panjang dan lebarnya selebar gebar yang menyelimuti badannya... 

'Walaupun harga getah mahal, tapi aku tak akan jadi jutawan denga menoreh getah ditanah seluas dua ekar je tu...' rungut si Tayop lagi...

'Tak taulah aku nak cakap apa tapi nasihat aku... Bersabar lah dengan rezeki yang kau dapat sekarang... Makan, pakai semua cukup. Cuba ko tengok orang kat negara lain... Susahnya hidup diaorang. Nak jadi kaya takpe.. Niat tu dah bagus, takde salahnya.. Tapi... Biar ikut cara tyang betul...' nasihat si Leman lagi... Gebar separas pinggang dah ditarik sampai ke hidung... Ujan sejukkk..

'Tengkiu jela sebab beri nasihat' kata Tayop dan terus menghempaskan diri diatas lantai yang tidak bertilam... Tanda protes...

Besoknya Tayop pergi menoreh seperti biasa... Sedang dia berjalan tu.. Dia tersepak sesuatu.. 'Kedebapppp!! Adehhh!! Kotak haper nih? Apakah??? Harta karun kah? Woaaa jutawan lah aku..!'

tapi bila dibukak... Tayop terjumpa Gigi.. Gigi palsu Ajaib! -anda bole makan apa saje, besi, batu, kayu, plastik dan lain-lain lagi- tertulis pada sekeping kertas ayat cenggitu...

Nak tahu apa akan jadi seterusnya??? Tunggu episod esok ek? Sabor.. Hehe...

EDITOR NUR


Photobucket
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.