-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 7 Disember 2012

ISTERI TUDUH SUAMI PENJENAYAH -2

PEMBACA


"Lebih baik kamu beritahuu....". Celah Hakim juga inginkan penjelasan.

"Maaf saya tak nak beritahu demi maruah isteri dan anak saya'. Suami Datin tetap berkeras dengan keputusannya menyebabkan orang awam dan saudara mara Datin Wani membuat bising di kerusi belakang..Hakim terpaksa menteramkan keadaan.

"Maruah!! Hahaha, maruah isteri apa kalau kamu curi DUIT ISTERI..TAK BEKERJA ! ISTERI YANG TANGGUNG....LEPAS TU KEBAS LAGI DUIT ISTERIKAMU SENDIRI...Anak?? Kamu nak rogol anak sendiri..itu kamu kata maruah". Pedih kata dari peguam Datin menyebabkan suami tersendak dan cuba untuk bangun kerana geram.....tapi tak terdaya...

"Kenapa diam??". Tanya lagi peguam Datin Wani ..dikala ini dia mesti tunjukkan kehebatanya pada anak guamnya yang juga bakal bergelar isterinya nanti...

Suami Datin Wani masih diam dan tunduk..Tiba tiba suaminya berpaling ke belakang....MEMANDANG WAJAH DATIN WANI DAN ANAKNYA....Tapi Datin Wani segera BERPALING KE ARAH LAIN...Malas dia nak melihat rupa penjenayah itu lagii..

Mata Suami Datin  sudah mula berair..Sambil menahan sebak dia berkata....

" Yang Arif......Memang dulu saya jahat! Saya adalah perompak dan penyamun..tapi itu telah lama saya tinggalkan....dan TIDAK MUNGKIN AKAN SEMPAT SAYA LAKUKAN LAGI...." Mula bicara suami tapi terhenti...dia  memegang kerusi di kandang terduduh kerana hendak  terjatuh...tapi dia tetap gagahkan diri.
" Saya berhijrah ke kota dan mulakan hidup baru dan tekad untuk berubah...sehinggalah saya bertemu jodoh dengan Datin Shawani Binti Dato' Rahim Nor. 
Saya sedar saya tidak setaraf dengan dia sebagai suami...tapi saya tetap suami dia walau pun dia tidak melayan saya dengan sebaiknya. Sebagai suami yang sah ketika itu...saya juga ada hak keatas anaknya..walaupun dia bukan dari darah daging saya tapi tetap anak saya. Saya tidak pernah berniat untuk merogol anak saya sendiri . Malam itu..Anak saya mengadu kurang sihat ...kebetulan Wani lewat pulang rumah. Saya yang uruskan semuanya walaupun saya tahu ADA BATASAN ANTARA AYAH DAN ANAK TIRI.Dalam pukul 9 malam saya tunggu anak saya keluar untuk makan..tapi dia tak keluar dari bilik. Saya risau dan terpaksa masuk kebiliknya untuk melihat keadaannya walaupun  WANI ISTERI SAYA MELARANG SAYA MASUK KEBILIK ANAK SAYA. Saya terpaksa takut sesuatu yang buruk akan berlaku padanya.
Apabila pintu bilik dibuka, anak saya kebetulan baru siap mandi...dia menjerit dan terkejut melihat saya didalam biliknya. Wani yang baru sampai terus menerpa dan memarahi saya . Puas saya terangkan padanya tapi dia tidak PERCAYA...Dari situlah mulanya keretakan hubungan kami....." Suami mengesat air mata.....sausana dalam kamar terus sunyi sepi..masing masing menanti apa yang akan keluar dari mulut suami Datin Wani....Wartawan yang ada sibuk menulis apa yang berlaku dan menanti babak seterusnya.

Tiada siapa pun tahu saya tidak boleh buat kerja berat. Mungkin ini hukuman dari Allah atas kesilapan saya masa lampau. Saya bekerja di kedai buku ..itupun tidak lama kerana orang asyik bertanya dan mengata saya SEBAB SAYA IALAH SUAMI DATIN WANI..BOLEHKAH SAYA BEKERJA dan tidak terjejaskah maruah Wani jika orang tahu SUAMINYA CUMA PEKERJA BIASA?? Sebab itulah saya banyak menyendiri dan duduk dirumah. 

" Yang Arif...Macam saya kata tadi..saya sayangkan anak saya dan...duit yang saya ambil itu adalah untuk kos pembedahan perpindahan jantung saya pada anak saya. Saya terpaksa lakukan di Singapura kerana tak mahu IDENTITI SAYA SEBAGAI PENDERMA JANTUNG DI KETAHUI OLEH ISTERI DAN ANAK SAYA..Saya tak mahu mereka tahu sebab mereka berdua membenci saya...". Suami berenti .....menyerahkan sampul surat pada pembantu Mahkamah dan diserahkan pada Hakim..
Hakim melihat isi kandungan surat tersebut dengan teliti...ditunjukkan pada Peguam ..Peguam yang tadi garang dan berbisa ayatnya terduduk setelah melihat surat tersebut. Datin Wani mula mengalir air matanya...Datin Wani hiba dan sebak...anaknya dipeluk dengan erat sambil memandang tepat suami yang membelakangkannya...Ingin saja dia meluru ke arah suaminya mohon ampun dan maaf.....

" Yang Arif......." Lemah suara suami ...tapi ayatnya terhenti. SUAMI GAGAHKAN DIRI BERPALING KEARAH DATIN WANI DAN ANAKNYA....DI UKUR SEBUAH SENYUMAN UNTUK MEREKA BERDUA....Suami kembali berpaling dan berkata pada Hakim.....

" Yang Arif..saya mohonn......." Ayat suami sudah terhenti setakat itu.. dia tunduk....

" Teruskan encik Imran.." Kata hakim pada suami Datin Wani yang terus tunduk...diam kan diri.

Semua mata dan telinga tertumpa pada sekujur tubuh yang berada diatas kerusi kandang tertuduh...semua menanti babak seterusnya...tapi malangnya ....

"Encik...encik...encik.." Panggil Pembantu mahkamah sambil mencuit bahu Suami Datin Wani....TAPI

Tubuh itu sudah tidak bergerak ..TUBUH ITU SUDAH REBAH KE BUMI ......!!! 


Photobucket 
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.