-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 7 Disember 2012

ISTERI TUDUH SUAMI PENJENAYAH 1

PEMBACA

Isteri yang berada dan ada kedudukan adakalanya boleh menyebabkan sengketa atau selisih faham jika suaminya pula adalah orang yang biasa dan kewangannya tidak setanding dengan isteri. Adengan ini siceritakan sendiri oleh si Isteri untuk renungan dan pedoman kita.

" Ok Ok ..nanti i minta Sue bagi cash pada u.Sori lah pagi pagi ni i agak serabut sikit... " . Kata Datin Wani yang agak kurang selesa keadaannya pagi itu setiba di pejabat. 

" Sue....sebelum u mula cuti,u balik nanti singgah Pejabat En. Karim bagikan duit ni." Pesan Datin pada keraninya yang dipanggil masuk tadi.

"Datin.....stok pakaian dan kosmetik kita ada masalahlah di pelabuhan. Kastam dah hold ! Macam mana ni....." Masalah kedua pula menimpa Datin Wani pagi itu. 

" U dah call Mahadi? Suruh dia pergi check...i ada meeting pukul 11 ni ". Arah Datin Wani sambil mengemas dokumen untuk dibawa Meeting.

"Apa komen Datin tentang dakwaan suami  sebelum ni adalah bekas penjenayah". Wartawan pula menerpa Datin yang tergesa gesa mahu ke keretanya. Sangat rimas dia dengan semua ini. Tapi dia perlu hadapi semua ini kerana DIA SUDAH TERKENAL ,USAHAWAN WANITA BERJAYA yang sangat dikenali.

" Saya malas nak komen sebab kes ni dah dibawa ke Mahkamah Syariah.....Terima kasih! " Jawab Datin ringkas sambil tutup pintu keretanya.

"Mama....Jangan lupa pukul 2 ni ada janji dengan Doktor ." Telefon anak tunggalnya mengingatkan. Anak tunggalnya itu mengidap jantung berlubang dan perlu dibedah segera...makin kusut fikiran Datin.

" Mama ingat sayang...Mama ada meeting ni..' Pelbagai masalah dan dugaan perlu dihadapi Datin Wani sekarang ditambah pula dengan isu peribadinya yang terjejas atas dakwaan PENJENAYAH keatas suaminya.

Petang itu , bila Datin Wani sampai dirumah ....suaminya masih ada. Malas dia nak melayan suaminya....hatinya telah BERBUKU DAN SAKIT.

" I ada belikan Char Key teaw ..mari kita makan." Pelawa suaminya 

" Kenyanggg...." Ringkas jawapan Datin Wani tanpa menoleh suaminya dan terus ke bilik atas .Hatinya masih panas dengan pelbagai andaian terhadap suaminya sekarang. Lagipun mereka berkahwin dulu pun bukan atas dasar cinta cuma demi menyelamatkan maruah Datin Wani yang terlanjur dengan teman lelakinya. Demi untuk menyelamatkan maruah dan perniagaan serta anak yang dikandung, suami itu jadi pilihan. 

" Alhamdulillah kita dah dapat penderma untuk anak Puan". Ingatan dan kekuatannya kembali pulih dengan berita gembira yang didengarnya semasa bertemu Doktor petang tadi.

"Esok i tak nak u balik sini lagi trutama semasa i tak ada. lagipun kita dalam proses berpisah. I tak mahu timbul fitnah dan jadi isu lagi." Tegas Datin Wani malam itu pada suaminya. 

"Kenapa jadi macam ni sekali Wani? I tak mahu berpisah dengan u.I sayangkan u dan anak u walaupun u tak pernah layan i dengan baik. Kita masih suami isteri....". 

" U jangan bagi i serabut !! U kawin dengan i bukan sebab cintakan i, u nak bolot harta i...I ada bukti u jual rumah yang i bagi sewa tu ..U nak selindung lagiii...HAri tu hampir u nak rosakkan anak I...dasar penjenayah!." Terkeluar apa yang dipendam oleh Datin Wani selama ni pada suaminya. Air matanya mengalir mengenangkan nasib dirinya yang asyk ditipu lelaki. 

" Wani ....u tak faham.." Suami cuba memujuk.

" Tak FAHAM!!! Please lah Imran....:...Kata Datin Wani tersekat kerana triba triba ada panggilan dari peguamnya.Hatinya bertambah panas dengan suaminya tak kala mendapat berita dari peguamnya.

"Tahniah diatas kejayaan pembedahan anak Datin. Syukurlah semuanya sudah selamat. " Bertalu ucapan tahniah diterima Datin dan bertalu juga air mata Datin Wani mengalir gembira. Walaupun anak yang dibelanya itu dari DOSA NYA tapi Datin tetap sayangkan anaknya itu. Sanggup berkorban apa saja demi anaknya. 
Tapi seminggu dua ini juga Datin Wani cuba untuk mengelak dari bertemu Wartawan yang sentiasa mencarinya...Apa yang hendak dijawab pada wartawan JIKA ada yang bertanya dimana SUAMINYA SEMASA PEMBEDAHAN ANAKNYA DIJALANKAN?? Walaupun dia boleh menjawab tetapi untuk lebih selamat lebih baik dia diam dan tunggu perbicaraannya sahaja.

Malas dia nak kaitkan suaminya lagi...hatinya sudah terluka ,hati nya MUNGKIN SUDAH TERBUKA DENGAN KEIKHLASAN PEGUAM NYA yang berusaha bermatian untuk menyelamatkan dirinya dari cengkaman penjenayah iaitu SUAMINYA.

HARI PERBICARAAN.....

" Ada apa kamu nak jelaskan dengan segala tuduhan ini?" . Tanya Hakim pada suami Datin Wani ...

" Tiada Tuan Hakim...semua tuduhan tu benar..memang saya yang jual beberapa harta dan ambil duitnya." . Mengaku suaminya dengan tenang. 

" Kalau kamu dah mengaku saya akan buat keputusan ..." Kata hakim tapi ayatnya dipintas oleh peguam Datin Wani.

" Yang Ariff..maafkan saya..Kita perlu tahu untuk apa duit itu digunakan .....mungkin untuk kegiatan yang kurang sihat atau sebaliknya...lagipun penjenayah macam ni tak boleh kita biarkan."

" Cukuplah saya mengaku salah dan sedia terima semua hukuman". Jawab Suami Datin Wati dengan nada tersekat sekat.

" Kamu nak larikan diri? Entah entah rakan subahat kamu sedang merancang sesuatu ...mana tahu nak bunuh Datin akibat dendam". Tegas peguam muda tersebut .

" SESEKALI TIDAK!! Saya seorang saja yang gunakan duit tuuu.." Kata suami sambil mengurut dadanya.Tak sanggup dia terima semua tuduhan itu. Memang dulu dia jahat..tapi sekarang tidak! 

BERSAMBUNG SIRI 2......

Photobucket
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.