-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 26 November 2012

TIDUR DENGAN HELMET KERANA........

PEMBACA


Semalam saya melayan kerenah anak bertuah... Sibuk nak tengok cerita Ajiboy.. Cerita dia jugakla.. Sebab dah janji, di dalam keterpaksaan tapi ikhlas taw.. Hehe.. saya ikutkan..

Masa memandu ke Jusco Tebrau, (destinasi yg paling dekat dgn rumah) Aniq tak habis2 berbual... Dari satu cerita ke satu cerita...

Satu cerita Aniq yang saya nak kongsikan.. Kisah sahabat baiknya bernama Zidan, begini kisahnya:

'Ibu..ibu nak tahu? Hari tu kan Zidan belanja adik makan aiskrim taw.. Dia beli 2 aiskrim Magnum.. 2 lagi untuk dia... Kaya tak Zidan?'
'Woaaaa banyaknya duit Zidan? Mak dia bagi duit banyak2 kat dia ke dik? Bahaya tu kasik anak pegang duit banyak-banyak..' kata saya pula...
'Itulah... Adik pun rasa macam tak munasabah.. Adik tanya dia.. Awak banyak nya duit awak, siap belanja kita ni... Jangan-jangan awak curi ais krim ni eh?.. Pastu dia marah adik... Dia cakap.. 'Eh! Sampai hati awak cakap saya curi.. Saya tahulah tak baik mencuri taw.. Nanti Allah marah.. Kan berdosa mencuri, nanti masuk api meraka (neraka)... Saya tak curi lah.. Saya beli aiskrim ni...'
lega juga saya dengar... 

Dah dua minit berlalu.. Senyap...
Saya sibuk memandu... Aniq sibuk main PSP disebelah.. Triba-triba..Aniq menyambng cerita dia lagi...
'Ibu.. Ibu nak tahu tak? Adik tanya dia.. 'Berapa banyak duit awak bawak? dia cakap dia bawak duit lima puloh ringget sekeping..'
'Wahh! Banyaknya mak dia kasik duit!!' saya terjerit... Hairan bin ajaib, ada jugak mak yang beri duit yang begitu banyak kepada anaknya yang baru berumur 6 tahun... 
'Bukan mak dia bagi lah bu...'
'Abis tu, kalau bukan mak dia bagi sape yang bagi dik?' saya dah keliru...
Aniq dengan selamba gadak.. menjawab..
'DIA CURI DUIT MAK DIA...'
Dan sekali lagi saya terkedu...



EDITOR NUR 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.