-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 26 November 2012

BILA PANTUN DIPERSOAL MACAM SOALAN SPM

PEMBACA


Pantun lelama ni sebenarnya tersimpan maksud-maksud yang mendalam.. Kadang2 sampai timbul persoalan.. Cer try jawab persoalan dari pantun-pantun berikut.. Err kalau nak jawab dalam bentuk pantun pun boleh.. Dalam bentuk lantun pun tak kisah... Erk? Lantun?? Heheh..

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama sikucing belang
Dua tiga boleh kucari
Manakan sama adik seorang
PERSOALANNYA: Kalau jumpa dua tiga orang yang sama macam mana??

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
PERSOALANNYA: Pisang awak, pisang abu, cekodok pisang dan lepat pisang....kenapa tak dibawak belayar sama??

Pulau Pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga
PERSOALANNYA: Antara budi baik dgn budi tak baik, yang mana lebih dikenang orang??

Sorong papan tarik papan
Buah keranji di dalam perahu
Suruh makan dia makan
Suruh mengaji dia tak mahu
PERSOALANNYA: Siapakh yang letak buah keranji di dalam perahu?? 

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
PERSOALANNYA: Kalau buah cempedak diluar pagar, buah apa yang ada dalam pagar??

Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
PERSOALANNYA: Kalau umur tu panjang, tapi kalau umur tak panjang, acaner???

Ahaks.......Editor Nur

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.