-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 7 November 2012

SEMASA: Sketsa seksa saman AES

PEMBACA

KENDERAAN - Bot  Nelayan bermotor dengan kuasa 15 ekor kuda dibawah bot. 
LOKASI -BALIK PULAU bukan balik kampung 
LALUAN - P106 - Tengah laut bukan tengah jalan raya.
KELAJUAN- 10km sejam tidak termasuk 3 jam tangan yang dipakai penghuni bot
PENUMPANG- Bersama para pemancing....bukan pemancing undi tauuu!!
SUMBER ISU- Kamera Aes tengah laut bukan dalam laut

" TOKEYYY!! APA PASAT SLOW SANGAT LU BAWA BOT INI..."Marah seorang pemancing  pertama yang tidak sabar nak memancing setelah berjaya menipu isterinya kata pergi mesyuarat Parti .

" LU GILA KA!! SIKALANG MANA MULEH BAWAK LAJU LAJU..ADE KAMELA AES  oo dekat laut .......Nanti wa kena saman ...sabarlah ! Kan Sabar itu separuh dari Iman...Haiyaaa....rujuk pade surah........" Belum pun habis pemandu bot itu bersuara.

" Sudah -Sudah!! Tak payah nak baca surah Al-Quran pulak..karang lu boleh dituduh menghina Islam....  Yelah .....kami sabarlah ni....." Kata seorang lagi pemancing yang memakai kopiah aji.

" Betul juga kata tokey tu, semalam bapak aku kena saman jugak pasal PERGI MEMBURU kat hutan simpan Rompin.." Beritahu pemancing pertama tadi.

" Bapak ko memburu rusa ke? Memanglah salah kalau kena tangkap...."Jawab pula pemancing ke tiga sambil memakan umpan..eh!! Memasang umpan haha.

" BUKANLAH!! BAPAK AKU KENA SAMAN PASAL MEMANDU LAJU DALAM HUTAN! " Jawab Pemancing pertama menyebabkan mata kail yang dipegang pemancing ke tiga tadi tercucuk ke tangannya kerana terkejutttt!! .

"Sebut bab saman ni....aku ada lapan,tapi aku pelikkk....Semua saman tu atas KERETA HONDA Accord warna putih (RUJUK SINI) .....sedangkan aku mana ada kereta, motor honda c65 adalah...itupun dah sebulan kat bengkel sebab rosak ,no platnya patah! ". Adu pula Pemancing kedua tadi sambil membetulkan kopiah. 

"Apa nak pelik....Nenek aku kena saman AES sebab bawa tak LAJU(Rujuk sini)..Nenek aku cakap dia lalu di kawasan kelajuan 90kmj.....tapi disaman sebab dia memandu pada kelajuan 80km/j........ "Jawab pula tekong bot yang juga seorang bekas tekong sepak takraw sambil menunjukkan kebolehannya menimbang batu pancing menggunakan hidung.

"HAIYAA!! KAN WA SULAH CAKAP .......TAK BOLEH LAJUUU...TENGOK ITU BOT POLIS SULAH LATANG !!!" Triba-triba pemandu bot menjerit sambil menunjukkan BOT PERONDA POLIS yang menuju ke arah mereka...........



Photobucket
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
NGERI KALAU TERMAKAN INI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.