-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 19 November 2012

RIAK -vs- CUAK

PEMBACA

Seseorg itu dilahirkan dimuka bumi ni dgn rupa paras tersendiri. Setiap ciptaan Allah itu sudah ditentukan. Ada yg cantik.. Berseri2, ada yg kusam, ada yg sederhana cantik.. Ada yg sekali pandang terus nmpk cantik.. Ada yg kena dipandang berkali2 baru nmpk kecantikannya, tp semuanya ada keistimewaan memasing. Kekadang yg cantik itu ada kekurangannya, yg tak cantik pulok ada kelebihan masing2..
Org kata... Bukan saya kata, org kata dlm setandan pisang bukan semuanya elok... pasti ada buah yg tak elok..

Aishah ada 4 org adik beradik, dua perempuan dan dua lelaki. Aishah adalah anak ketiga dan dalam keluarga Aishah sedikit berbeza dgn adik beradiknya. Aishah dilahirkan agak gelap dan tak berapa cantik kerana mengikut rupa paras nenek sebelah bapa..
Aishah menangis bercerita didepan saya.. Saya mendegarnya dgn penuh minat..
"Selama ni Cah selalu diperli adik beradik lain. Kalau kitaorg gaduh kakak musti cakap... "Kau tu hitam legam, bukan anak mak ayah.. Tgk kitaorg semua putih, cantik, kau tu gelap mcm arang"... Aisah tunduk.
Aisah menyambung lagi, katanya pernah kakak dan abg tak ngaku dia adik diaorng masa keluar sama. Diaorg ckp dia adalah anak angkat yang mak ayah kutip.. Diaorg malu nk ngaku diaorg adik beradik dgnnya..
Saya kesian tgk Aishah tapi saya masih diam mendengar ceritanya. Belum masanya utk menyampuk..
"Cah selalunya tak kisah sebab Cah rasa Cah memang lain.. Bila Cah tanya ayah, ayah gelak.. taklah Cah.. Cah gelap sikit je sebab ikut nenek... tp Cah rasa ayah mcm menipu je.."
Saya baru je nak tanya pasal mak dia mcm mana tapi Aisah triba triba beritahu saya..katanya mak dia pun pilih kasih.. Selalu mak lebihkan adik beradik yang cantik.. Mak selalu beza-bezakan diaorng dan bangga dgn adik beradik yang lain. Sampaikan dia rasa terpinggir sangat. Dahlah buruk diketepikan pulok.. Aishah selalu ckp dia redha dan bersabar bila mak selalu bangga2kan adik beradik yg lain padahal mereka semua tu selalu melawan cakap org tua dan buat hal kat sekolah..
Saya dengor pun CUAK jugak sebab ada gak org yg pentingkan kecantikan luaran semata2. Kesihan saya melihat Aishah tapi Aishah belum abis bercerita lagi..
"Baru2 ni kakak Cah kemalangan motor masa dia ikut boyfriend dia. Sebelah muka dia berparut besar dan matanya luka teruk sampai jadi sepet sebelah.. Abangnya pun kemalangan juga, sebelah bahu dan rahangnya patah.. Walaupun dibedah, mukanya jadi senget sebelah.." Aishah mengalirkan air mata..
"Aishah kesian betul tengok kakak dgn abang.. Mereka tak boleh terima kenyataan yg mereka dah tak secantik dulu.. Kenapa mereka jadi cenggitu?? Kenapa tak jadi pada Cah yang dah memang hitam dan tak lawa ni??" Aishah seperti sesal.
Saya sgt terkejut dgn luahan hati mulia Aishah. Dia sikit pun tiada rasa dendam malah kesian melihat kakak dan abangnya.. Selama ni dia yang patut CUAK dengan RIAK mereka dan sepatutnya merasa suka.. Namun Aishah bersedih..

SEBENARNYA YANG CANTIK ITU BUKAN SAJA PADA RUPA PARAS TAPI HATI DAN IMAN.. TAK GUNA NAK BANGGA ATAU RIAK DENGAN APA YANG KITA ADA... SEMUANYA DATANG DARI ALLAH DAN ANYTIME YANG MAHA ESA BOLEH TARIK BALIK... kan kan kan?

EDITOR NUR 


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.