-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 13 November 2012

Kita bijak ke Menteri yang bodoh?

PEMBACA

Isu saman AES ini belum lagi reda ,cuma isunya agak HEBAT DITENGGELAMKAN OLEH MEDIA PERDANA untuk memberikan LALUAN MUDAH PADA ISU NURUL IZZAH . Jika kita lihat dan buat sedikit kajian, setiap kali ada isu kepentingan rakyat dan memihak pada rakyat, akan ada ISU ISU BARU yang sengaja DISENSASIKAN kerana mereka tahu kita mudah lupa.

Berbalik pada AES yang didakwa BERTUJUAN UNTUK mengurangkan kadar kemalangan hinggakan kita pun pelik,statistik kemalangan semasa perayaan tidak lagi diberi PERHATIAN dalam media perdana SEPERTI SEBELUM NI ...Naik ke menurun ke macam saham FGV  tuuu! Jika jumlah kemalangan meningkat .......INI AMAT BAHAYA UNTUK LAKSANAKAN SISTEM AES,jika menurun kadar kemalangan......takut STATISTIKNYA MENIPU ,maklumlah kalau Audit pun boleh ditipu apatah lagi jumlah kemalangan.....SIAPA TAHU DAN SIAPA SANGGUP NAK PERGI PERIKSA satu balai ke satu balai ?

BENARKAN punca sebenar kemalangan disebabkan kelajuan? Memang betul tapi kemungkinan bukan punca sebenar. Punca sebenar pada penulis ialah SIKAP KITA! Jika kita dapat ubah sikap melalui DENDA UNTUK SESI PENERANGAN ITU LEBIH BERNILAI dari di saman. 

Tak dapat dinafikan, ada pelbagai RAGAM DAN KERENAH PEMANDU DIJALAN RAYA,ada yang ikut undang undang ada yang tidak ....lebih haru lagi dia ikut undang undang sebab takut diSAMAN....bukan sebab takut HILANG NYAWA! Kadang kala kemalangan bukan disebabkan kita .....TETAPI SEBAB KECUAIAN PEMANDU LAIN.....Tak guna kita berhati hati memandu tapi ada pemandu lain yang menjejaskan mutu pemanduan kita. Itu tak campur lagi dengan yang MEMBELI LESEN ataupun memandu tanpa lesen...semua berpunca dari sikap ,jika ini dapat dididik dan di ubah  maka kuranglah sedikit jumlah PENYEBAB KADAR KEMALANGAN. 
Salah satu cara nak mendidik ialah melalui IKLAN ,banyakkan iklan tentang kemalangan , letakkan replika kereta remuk teruk....Iklan dalam Tv macam dulu keranda bergerak diatas jalan.....ini semua sedikit sebanyak dapat menyedar dan membantu dan jika DEGIL JUGA BUATLAH DENDA!! Tiada siapa nak pertikai lagi kan.

Nak beli kamera canggih untuk sistem ini kosnya JUTA JUTA .....itu belum lagi KOS PERLAKSANAAN termasuk penjagaan. KENAPA TIDAK WANG TERSEBUT DIGUNAKAN UNTUK MEMBAIKI JALAN yang rosak? UNTUK BUAT BONGGOL BONGGOL ATAU MELEBARKAN JALAN YANG SERING BERLAKU KEMALANGAN. Kosnya CUMA SEKALI dan kesannya lebih bagus ......bayangkan ORANG NAK LARI LAJU TRIBA TRIBA teringat " Eh! Ada bonggol depan tu....." Ataupun garisan garisan diatas jalan yang boleh menggegarkan badan kereta bila dipandu laju seperti yang terdapat  di depan sekolah ..... 

SISTEM AES JUGA DIDAKWA TIDAK BERTUJUAN UNTUK KEUNTUNGAN.....Jika betul tidak ?? 
KENAPA SYARIKAT SWASTA YANG URUSKAN? Kenapa tidak POLIS TRAFIK ATAU JPJ YANG URUSKAN? Jika alasan tak cukup kakitangan....kenapa tak buka lagi jawatan kosong untuk Polis Trafik atau JPJ? Kan ke sama juga dengan syarikat yang menguruskan saman AES ini, pastilah mereka pun perlukan PEKERJA .......

MUNGKIN ADA YANG MASIH ingat dan ada yang SEDANG LUPA.....Dulu isu PAKAI TALIPINGGANG BELAKANG ,LORI PERLU GUNAKAN LAMPU BREK AUTO mana pergi isu ini sekarang?? 

Ingatlah ......Sekarang kami sebagai rakyat SUDAH MENGGUNAKAN ENJIN WIRA untuk melancarkan perjalanan otak... tak tahulah JIKA Menteri masih menggunakan ENJIN KE30 UNTUK BERFIKIR?
  


Photobucket
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
LAWAK PANTUN MERAPU

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.