-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 29 November 2012

INSAF FELDA - ANTARA EMAK DAN DUIT

PEMBACA

Bacalah DRAMA pendek ini  , kadang kala kita tak SEDAR atau ALPA...DALAM KEADAAN TERTENTU kelakuan kita itu SUDAH DIKIRA DOSA  pada emak atau ibu, atau Ummie ....

" Kamu tak balik minggu ni Razak". Telefon  Emak pada petang Jumaat. 

" Sibuk lah mak..bermula Isnin ni ada Seminar sampai Jumaat".

"Bukan apa.....Isnin ni orang dah pakat ambil Cek duit RM5000 tu ,kalau kamu ada hal tak apalah minggu depan pun boleh. ". Pesan si Emak...

------Pagi Isnin .....Sianak sudah terpancul dimuka pintu Pejabat Felda terlebih dahulu. Anak anak peneroka dari segenap pelusuk mula beratur panjang untuk mengambil SAGUHATI atas nama masing masing. Walaupun hujan pagi itu...mereka semua tetap setia menanti GILIRAN! .

"Emak encik ni lupa sain satu borang....bawak dia dulu baru kami bagi cek ni". Arahan dari kerani Felda menyebabkan si Anak GELISAH....kerana INGINKAN JALAN MUDAH DAH JADI PAYAH terpaksa balik kerumah ambil emak.

" Emak kemana dik". Tanya si Anak pada anak bongsunya yang setia meneman emak dirumah. 

"Ladanglah .....tumpang Pak Seman...tengahari nanti baliklah". 

" Abang nak ambil cek ni..nak uruskan hari ni jugakkk...nanti dah sibuk. " Jawab si Anak yang CUMA 2 KALI KE LADANG selepas Ayah mereka meninggal dunia. Walaupun ada balik bercuti berminggu minggu, tapi TETAP CUTI JUGA DIRUMAH EMAK....membiarkan Emak pergi ke ladang tumpang jiran. Tapi Emak faham......

" Nak cepat abang gi lah ladang ...kereta HILUX abang tak kan tak boleh masuk ladang kot....lagipun jalan dah elok tak lubang macam dulu". Kata anak sibongsu seakan PERLI! 

" Mana abang ingat jalannyaaa.....". Jawab si Anak sambil terus membawa keretanya ..KLUAR MINUM PAGI.....Tadi tak sempat sarapan.

----TENGAHARI -----

" Kata ada seminar hari ni..emak ke ladanglah .....kamupun kalau terus balik sini tak ke Pejabat Felda dulu tadi  mungkin sempat sebelum mak ke ladang." Emak yang masih memakai pakaian ladang telah berada dalam kereta si Anak....belum sempat berehat si emak...........terus di usung ke Pejabat Felda..TAPI EMAK FAHAM.....

" ORANG pergi ke bank terus ni mak....mungkin tak singgah dah, nanti orang bank in kan bahagian duit tu pada adik adik yang lain....". Kata si Anak setelah menerima cek sambil menurunkan emak di DEPAN PAGAR RUMAH.....

"Alah!! Emak baru nak minta tolong belikan ubat kaki mak ni sementara kamu dah pergi MUADZAM SHAH TU....kat Klinik ni tak sama ubatnya..

" Takut tak sempat pulak mak....tapi orang cubalah!! . Kata si anak terus memecut keretanya meluncur meninggalkan emak yang cuma melihat...."Duit punya pasal sampai lupa salam tangan..."Bisik emak dalam hati sambil menuju ke pintu rumah...tapi emak Faham

"AHHHHH!! RAMAI PULOK ORANG KAT BANK NIII...lupa pulok nak bawa payung tadi...hujan lebat nak beratur sampai keluar tuuu.". Rungut si anak sambil mengambil barisan di bahagian belakang di TEPI LONGKANG.....SEMUA BERATUR DENGAN PENUH TAMAKNINAH SI ANAK anak dan anak anak PENEROKA  .....SEMUA NAMPAK TEGAP DAN KUAT,CERIA DAN TERSENYUM menanti RM5000.
  
------HAMPIR 3 JAM menguruskan cek...duit sudah dalam genggaman. Kemas disimpan dan senyum melebar,walau penat tapi PUAS . 

HATI TERINGAT EMAK....Nak beli kan ubat....

"AHHHH!!! Kat Klinik ni pun kena beratur jugak ? Agaknya ramai yang ambil Pakej demam bulan 12 ni  kot..." Kata si anak setelah melihat keadaan dalam klinik dari dalam kereta walaupun yang beratur itu cuma tak sampai pun 4 orang.....tidak seperti beratur dibank tadi lebih 400 ORANG......

"Hellooo......Emak!! Orang ramailah kat klinik ni..TAK SEMPAT NAK BELI UBAT!" Telefon si anak  sambil singgah minum sebelum balik semula ke Kuala Lumpur.....TAPI EMAK TETAP FAHAM....

"EMAK TETAP FAHAM DENGAN ANAK.....
......TAPI KITA TETAP TAK FAHAM DENGAN EMAK"


Photobucket 
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.