-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 20 November 2012

Felda - BERGADUH KERANA RM5000

PEMBACA

Seminggu dua ni ,dimana mana rancangan Felda yang berhampiran dengan bank pasti penuh sesak dengan anak anak peneroka yang mahu mengeluarkan  atau menyimpan duit durian runtuh RM5000. Tadi pun penulis terpaksa membatalkan hajat di bank kerana keadaannya amat sesak. Walaupun begitu Penulis Lega kerana dapat melepaskan HAJAT DI tandas bank saja tadi .........Miahahaha.

WANG RM5000 yang diperoleh oleh anak peneroka membawa kita kepada beberapa adegan dan ayat yang sedang dan pasti berlaku. Bukan bermakna tidak BERSYUKUR tetapi sekadar ingatan buat kita DUIT MERUBAH SEGALANYA.

KERANA RM5000 MEREKA INI.....

" Ramli...Aku sesat ni....mana simpang jalan nak masuk rumah MAK?. Tanya seorang anak pada adiknya setelah hampir 20 tahun tidak pulang ke Felda tempat dia dibesarkan oleh emak dan ayahnya.  

" Along dah ambil cek belum? Minggu depan aku nak cuti nak balik sana". Tanya seorang lagi anak pada kakaknya yang sebelum ni SUSAH NAK BALIK ATAS ALASAN sibuk dan  SUSAH NAK DAPAT CUTI 

 "Oleh kerana aku yang tinggal dan uruskan ladang emak, aku patut dapat lebih dari kamu semua ". Kata seorang abang pada adik adiknya setelah ketiadaan ibu dan bapa. 
"AKU TAK SETUJU!! Dulu masa duit arwah emak dan abah, Abang belasah juga, tak kan bahagian ni pun nak jugak???". Bantah adik ke duanya....


"Abang nak balik juga ke ambil duit tu , tak payahlah ,adik beradik abang pun dah 9 orang,berapa sangat dapatnya' Tanya seorang isteri pada suaminya seorang USAHAWAN BERJAYA yang sedang membasuh kereta mewahnya BMW 7 Series. 

"Ko dapat telefon Abang ko? Mana pulak dia pergi niii". Kecoh satu rumah apabila abang yang sulung tidak balik kerumah setelah menunaikan cek RM5000 pagi tadi. 

BETUL ! Duit boleh merubah seseorang......juga boleh merubah UNDI ....haha!



Photobucket 
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
LAWAK PANTUN MERAPU

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.