-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 20 November 2012

Anak Bertuah

PEMBACA

Seperti biasa.. rutin saya dihari minggu ialah pergi kepasar utk membeli belah.. hehe beli ikan, ayam, sotong..kain eh!  dan seperti biasa saya ditemani anak kesayangan buah hati pengarang jantung yang sekarang ni mahu dipanggil ‘AniqO’..

Aniq ni seorang budak yang sangat baik.. apa yang saya ajar dia tak pernah lupa.. dia akan ikut setiap nasihat2 saya… ANAK BERTUAH lah katakan.. hehe..

“Adeh dik! Jab jab.. ibu nak singgah kedai Asyraff tu jab.. ibu lupa beli asam jawa dengan kentang..” 
Saya terus meluru ke kedai runcit itu dikuti Aniq dari belakang… “ibuuuu adik nak air kotak melo ais tuuu” kata Aniq manja.. Selepas membayar semuanya saya dan Aniq berjalan berpimpinan tangan (sebab takut dia hilang.. hehe..) menuju ke detinasi kedua… sambil berjalan tu, Aniq dengan rakusnya cuba memasukkan straw kedalam kotak air kotak kerana terlalu dahaga.. “iskhh.. adik… sebelum cucuk straw tu adik kena goncang-goncangkan air kotak tu dulu… biar rasanya sebati.. baru sedap diminum… “ Aniq mengangguk tanda faham…

Dah hampir pukul 10 pagi.. selesai semua agenda pembelian lauk pauk untuk menu seminggu ni… kami berdua pun pulang kerumah..

“Adik… tolong ibu letakkan ikan ni dalam sinki…” “baik bu”..
“Adik… tolong ibu ON kan kipas tu.. ibu panas lah sayang…” “baik bu”…
“Adik… tolong ibu ambilkan air tin dalam peti sejuk tu.. ibu dahagalah sayang..” “baik bu”.. 
TRIBA-TRIBA…! Cekepekkkkk!!! Cesssssssssss!!! Muka dan separuh dada saya penuh dengan gas air Mirinda perasa Strawberry… jadik pink….

“Opppps!! Tadi ibu suruh adik goncang dulu sebelum minum.. Adik tolong lah ibu goncangkan air tin ni…

“kalau air ni tak payah lah nak ooiiii!!... ANAK BERTUAH!! Adeh..

EDITOR Nur

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.