-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 23 November 2012

BIAR Prihatin jangan khuaratin

PEMBACA


Dari pejabat saya terus ke restoran makan, saya ada janji temu dengan kawan lama. Dah lama benar saya tak bersua, sekarang baru ada peluang nak jumpa dia.. tapi takde apa yang teruja sangat bila dah jumpa.. Cuma yang saya nak ceritakan, setelah selesai temujanji makan tengahari, saya pun ke kereta. Saya buka pintu kereta dan masuk. Baru je saya nak tekan punat kunci triba-triba kereta saya dah dimasuki seorang budak lelaki.. punyalah terkejut saya..

“Kak, maaf. Saya tumpang. Kak, jalan kak…. Saya dalam bahaya….” Beritahu budak lelaki dalam lingkungan 16 tahun.

Memang saya berdebar-debar, saya tak tahu sekarang ni siapa yang dalam situasi bahaya, dia atau saya.. Dia masuk menceroboh kereta saya, tapi dia kata dia dalam bahaya.. Dia menekan punat kunci. Dari cermin, saya nampak ada tiga orang lelaki berbadan sasa, memandang kiri kanan seperti mencari seseorang. Saya bagaikan faham. Saya menghidupkan enjin kereta. Budak itu menyorok ke bawah tempat duduk supaya tidak kelihatan dari tiga orang lelaki itu.

Saya memandu keluar dari tempat parking kereta itu dan terus ke depan. Budak itu membetulkan tempat duduk. “kak terima kasih” Katanya sambil mengesat peluh.

Budak lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari dalam bajunya. Saya dah dapat mengagak, budak itu mencuri.

“Mencuri ye??” Tanya saya. Saya perhatikan barang yang keluar dari bajunya, ubat dan roti.

“Terpaksa kak. Mak saya sakit kat rumah. Bapak saya lama dah tak balik. Bapak pergi cenggitu je tak tinggalkan duit. Sekarang mak sakit teruk. Saya hanya pelajar sekolah, tu pun dah berapa hari tak pergi sekolah jaga mak. Kesian mak kak. Saya terpaksa.” Beritahunya.

Saya terus terdiam, Rasa sayu dihati saya. Saya memandang ubat batuk dan pil sakit kepala sekotak serta roti. Tapi….saya rasa macam ragu-ragu. Budak-budak sekarang bukan boleh dipercaya sangat!. Jadi untuk meyakinkan diri sendiri, saya hantar dia balik sampai kerumah flatnya. Tanpa dia sedari saya mengekorinya. Saya takut jugak. Dibuatnya dia budak jahat! Habis saya nanti tapi diraut wajahnya dan matanya saya lihat begitu banyak penderitaan yang dialaminya.

Sampai kat rumah dia, saya tengok begitu uzur sekali dalam rumah tu. Pintu rumah tu pun dah kopak seperti pernah ditendang orang. Saya menyelinap masuk dan terus ke bilik memang benar! Maknya terlantar sakit. Saya lihat budak lelaki itu menyuap roti ke mulut maknya dengan hanya mencicah air masak.

Memang saya tak dapat menahan sebak di dada. Tak sangka masih ada lagi oang yang hidup susah cengginii. Saya ingat saya adalah orang yang paling susah. Saya terus keluar dari rumah itu dan menelefon badan kebajikan masyarakat memberitahu keluarga yang tercicir itu.. Alhamdulillah segala keperitan mereka mendapat keperihatinan masyarakat sekeliling….

EDITOR NUR 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.