-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 23 November 2012

Anak beranak yang bijak miahaha

PEMBACA


“Ni kenapa asal ujian math gagal je ni… soalan senang cenggini pun salah. Haaaa… Aniq? bebel saya.

“Hehe.. sorry bos. Mintak tunjuk ajar bos..” aniq berdiri di depan saya, tersengeh dan cuba membuat muka kiut.. 

“Gi mintak ajar kat baba adik tu” saya menjeling kepada baba yang pura-pura membaca Harian Metro semalam.. 

“Aaaaa… kan baba pun lembab kira-kira caner nak ajar adik..” aniq tersengeh lagi sambil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.. dah panjang rambutnya, dah berbelas kali saya memujuknya untuk memotong rambut.. saja dia tak nak potong.. nak tiru gaya K-Pop katanya… barulah hensem.. alahai…

“Haihh! Anak beranak ni sama je.” Saya mengeluh… “okehlah.. malam ni kita belajar.. babanya ikut sekali..” 

“iyoo lah” kedengaran dua suara serentak…

Malam selepas Buletin Utama… Aniq dan baba mengadap saya sebagai cikgu matematik yang dilantik oleh saya sendiri… 

“Ni pelajaran pertama, dengar soalannya betul-betul.. Ahmad pergi ke sekolah, berjalan kaki pada jam 6:30 pagi. Aminah adiknya berjalan kaki ke sekolah pada jam 6.50 minit.. lewat 20 minit dari abangnya.. Dari rumah ke sekolah mengambil masa 30 minit. Jam berapakah Aminah sampai ke sekolah? Jawab!” saya menyoal dengan tegasnya…

Aniq dan babanya bertengtang mata.. “ Soalan senang tak payah kira.. apa jawapannya baba?”
Lebih kurang 15 minit masa berlalu… Aniq dan babanya termenung.. lagaknya macam orang yang sedang bertafakur.. macam nak solat istikharah pun ada..

Saje saya membiarkan mereka berkira-kira… sambil menghempas-hempaskan rotan perlahan-lahan… saya masih menunggu jawapan..

“JAWAPANNYA… ABANG DIA TAK PATUT TINGGALKAN ADIKNYA DIBELAKANG CIKGU…..” kedengaran dua suara serentak menjawab…

Alahai.. Aniq…! baba…! saya terkulai….

( EDITOR NUR )

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.