-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 27 November 2012

BARU KO TAHU...

PEMBACA
" Iskkk!!! Abang marah betul dengan abang Man tadi, tak patut dia pukul anak dia macam tu".  

"Biarlah bang...memang degil sikit anak sedara kita tu. Lagipun kan didik suruh sembahyang". 

" Huh!! patut patutlah nak didik anak pun." Marah betul Izat kali ni. Walaupun Fahmi dan isterinya masih belum dikurniakan anak ,tapi Izat tetap sayang kan kanak kanak. Anak anak saudaranya memang manja dan rapat dengan Izat...sebab itulah hati Izat memberontak dengan aksi GARANG abang iparnya tadi.

Setahun sudah berlalu.....Izat dan isteri ambil keputusan untuk ambil dan bela anak angkat saja kerana MEMANG SUDAH TERBUKTI MEREKA BERDUA TIDAK BERUPAYA UNTUK MEMPUNYAI ZURIAT.

Rezeki mereka murah, mereka dikurniakan bayi lelaki yang berusia 6 bulan  ,dan anak itulah dibesarkan oleh Izat dan isterinya dengan kasih sayang. Oleh kerana bayi itu agak tembam dan sihat, panggilan manja diberikan oleh bapak bapak dan emak emak sedaranya.....iaitu SI MOK..yang nama sebenarnya Mohd Hezri . Oleh kerana sibuk dengan urusan besin besin barulah semalam penulis berpeluang berjumpa keluarga ini untuk kali ke 2. 

APABILA berkumpul adik beradik ,pastilah banyak cerita dan kisah menarik ......tapi ada sesuatu yang lagi menarik......

" Siapa pulok letak gelas tepi niii". Kata Abang ipar yang tersepak gelas.

"EMOKKKKKKK.......". Jawab salah seorang anak sedara.

" Air apa pulak memancut masuk kedalam rumah niii". Marah kakak ipar.

"EMOKKKKKK......Jangan main paipp ...masukk!! "

" Habis la ....atuk baru beli almari niii..." Kata anak sedara setelah melihat cermin almari pecah kerana disepak oleh Emokkk yang suka buat aksi PERSILATAN DALAM RUMAH. 

"Emokkk..dah jom mandi." Pujuk isteri Izat. Emokk buat pekak badak sambil bergayut atas kipas syiling. 

"Abang..tengoklah emok niii ....tak nak mandi." Kata isteri Izat setelah pujukannya tidak diendahkan oleh Emok.

"EMOKKKK!!! PERGI MANDIIII!!!!! " Triba triba IZAT MENJERIT GARANG memeranjatkan seisi rumah......

Penulis yang kebetulan sedang membaca pun terkejut.......tapi bukan terkejut kerana JERITAN IZAT pada Emok tapi terkejut dengan PERUBAHAN SIKAP........

BILA DAH JADI AYAH ......BARU KO TAHU......Kita kena GARANG!!!

Photobucket 
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI
 APA SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.